• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Serah 10 Tan Kurma Untuk Masjid KL, Putrajaya

oleh
27/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyerahkan 10 tan kurma sumbangan kerajaan Arab Saudi kepada semua masjid dan surau di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Majlis penyerahan sumbangan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud menerudi dutanya di Malaysia, Mahmud Husin Qotan, diadakan selepas solat Jumaat di Dewan Makan Ibnu Khaldun, Masjid Putra di sini.

Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Tan Sri Othman Mustapha.

Perdana Menteri kemudian menyerahkan sumbangan itu kepada wakil masjid dan surau Jumaat membabitkan 70 buah masjid dan 110 surau Jumaat di Kuala Lumpur dan dua masjid serta 14 surau Jumaat di Putrajaya.

Raja Salman yang merupakan Khadimul Haramain atau Penjaga Dua Kota Suci itu juga mengirimkan kurma sempena Ramadan kepada beberapa negara sahabat antaranya Afghanistan, Bangladesh, Pakistan dan Indonesia.

Najib turut melancarkan Program Ihya Ramadan Peringkat Kebangsaan 1438 Hijrah yang merupakan program kerohanian dan kefahaman masyarakat mengenai ibadah puasa bagi mengimarahkan masjid sepanjang Ramadan.

Terdahulu, Najib menunaikan solat Jumaat bersama-sama umat Islam dan mendengar khutbah bertajuk ‘Ramadan Bulan Tarbiah’ disampaikan Jamil, yang kemudian mengimamkan solat berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Arab SaudiKurma
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

07/04/2026
0

Oleh Mynewshub   JUBAIL – Sebuah kebakaran besar dilaporkan berlaku di kawasan perindustrian Jubail, Arab Saudi, yang merupakan antara hab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd