• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rahsia Raja Salman Derma 250 Tan Kurma Ke Indonesia

oleh
28/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Ada alasan unik mengapa pihak kerajaan Arab Saudi memilih kurma sebagai bantuan istimewa kepada rakyat miskin di seluruh Indonesia menjelang bulan Ramadan pada kali ini.

Malahan ini julung kali Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud memberi sumbangan sebanyak 250 tan buah tersebut khusus kepada Indonesia selain kepada beberapa buah negara Islam termasuk jirannya, Malaysia.

Duta Besar Arab Saudi ke Indonesia, Osama Muhammad Al-Shuaibi ketika ditemui media tempatan di sini baru-baru ini mendedahkan rahsia cerita derma tersebut yang tiada sesiapa pun tahu waima Presiden Joko Widodo.

Ujar beliau, kisahnya bermula apabila baginda mendapat ilham untuk memberikan kurma sebagai bantuan setelah teringat reaksi sebuah keluarga daif di Bogor ketika kunjungan rasmi Raja Salman ke Indonesia beberapa bulan lalu.

“Idea sumbangan makanan kering ini bermula apabila ada keluarga di Bogor yang ketika diberikan kurma oleh baginda sendiri, mereka menitis air mata menangis kegembiraan. Inilah sebab kurma dipilih,” jelas Osama.

Beliau membuka rahsia kisah menyayat hati itu ketika mengadakan pertemuan rasmi dengan Menteri Sosial Indonesia, Khofifah Indar Parawansa di Kedutaan Besar Arab Saudi, di Kuningan, Jakarta Selatan baru-baru ini.

Raja Salman diketahui sebagai penggemar buah kurma serta menjadi makanan yang tidak pernah ditinggalkan, malah baginda selalu bersarapan dengan kurma dan susu termasuk ketika melakukan lawatan di luar negara.

Selain itu, kurma dijadikan pilihan kerana buah itu mengandung gizi yang baik bagi tubuh manusia, khususnya ketika seseorang sedang berpuasa. Menjamah kurma ketika berbuka juga merupakan sunah Nabi Muhammad SAW.

“Ini secara kebetulan adalah makanan sunah Rasulullah SAW apabila berbuka diawalkan dengan kurma. Ia juga berkhasiat dan sangat bagus terhadap orang yang penat bekerja ketika puasa seharian suntuk,” ujar Osama.

Selain diserahkan kepada Kementerian Sosial dan pelbagai organisasi Islam tempatan, pihak Kedutaan Besar Arab Saudi juga akan mengagihkan kurma tersebut terus kepada masjid-masjid tertentu yang berada di luar Jakarta.

“Kami juga akan hantar ke wilayah Papua, Lombok dan Insya Allah, kami akan cari lebih banyak lagi kurma yang dapat dinikmati pada bulan Ramadan untuk memulakan berbuka puasa dengan menikmati kurma,” terang Osama.

Selain Indonesia, Arab Saudi juga mengirimkan bantuan kepada negara sahabat antaranya Afghanistan, Bangladesh, Pakistan dan Malaysia namun jumlahnya tidak sebanyak Indonesia yang paling besar menerima sumbangannya.

“Sebanyak 50 tan untuk Kementerian Sosial manakala 200 tan lagi, kita akan serah kepada Nahdhatul Ulama dan Muhammadiyah serta pelbagai pihak yang telah dikenal pasti,” terang Osama. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Arab SaudiKurma
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

07/04/2026
0

Oleh Mynewshub   JUBAIL – Sebuah kebakaran besar dilaporkan berlaku di kawasan perindustrian Jubail, Arab Saudi, yang merupakan antara hab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd