• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fungsi Cheng Hoe Bersama Harimau Malaya Terjawab

oleh Ahmad Albab
27/05/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEKA-teki mengenai fungsi Tan Cheng Hoe bersama skuad Harimau Malaya akhirnya terjawab menerusi senarai barisan kejurulatihan yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Dalam senarai itu, Cheng Hoe yang juga bekas jurulatih Kedah sah mengisi kerusi No.2 selepas ketua jurulatih Nelo Vingada.

Sebelum ini, kedudukan Cheng Hoe bersama skuad kebangsaan masih samar susulan timbul dakwaan dia bakal menyertai Johor Darul Ta’zim.

Spekulasi itu dikuatkan lagi dengan beberapa keping gambar yang dimuatnaik dalam laman Facebook Johor Southern Tigers dengan entri bertajuk ‘Keluarga JDT’.

Namun kini, Cheng Hoe boleh menarik nafas lega apabila dia disahkan sebagai pembantu jurulatih skuad kebangsaan disamping Joao Arnaldo Correia De Carvalho yang turut memegang peranan yang sama.

De Carvalho dari Portugal merupakan pembantu jurulatih yang dibawa Vingada untuk mengemudi skuad Harimau Malaya.

Selain Cheng Hoe, seorang lagi rakyat tempatan, Azmin Azram Abdul Aziz turut disahkan sebagai jurulatih penjaga gol.

Mereka turut dibantu bekas jurulatih NorthEast United FC yang beraksi di Liga Super India, Francisco Jose Bruto Da Costa sebagai jurulatih kecergasan. – mStar Online

Tags: FAMTan Cheng Hoe
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd