• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UPSI Cadang Buka Kampus Cawangan Di Parlimen Larut

oleh Ahmad Albab
25/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU KURAU – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bercadang mewujudkan kampus keduanya di kawasan Parlimen Larut tidak lama lagi, kata Pengerusi Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria.

Beliau berkata kampus yang menawarkan program pengajian Pendidikan Awal Kanak-kanak di peringkat Diploma, Ijazah dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) itu akan dibina di kawasan seluas kira-kira 20 hektar.

“Program ini memberi peluang kepada pelajar yang mahu mengambil jurusan pendidikan awal kanak-kanak untuk mendidik murid di peringkat prasekolah, tadika dan tadika swasta.

“Program ini juga melahirkan modal insan yang memberi impak kepada generasi baharu dan negara, sekali gus menjadikan kawasan ini sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Berselawat peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kurau di sini hari ini, yang disertai kira-kira 300 kanak-kanak Tabika Kemas.

Muhammad Amin yang juga anggota DUN Batu Kurau berkata pembukaan kampus itu juga membantu penduduk di sini mendapatkan peluang pekerjaan.

Kampus pertama UPSI di Teluk Intan yang akan menempatkan Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional (FPTV) dengan 1,000 pelajar sedang dalam pembinaan dan dijangka siap awal 2019. – BERNAMA

Tags: kampusUPSI
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Autisme Di Malaysia: Dari Kesedaran Ke Tanggungjawab Bersama

Autisme Di Malaysia: Dari Kesedaran Ke Tanggungjawab Bersama

02/04/2026
0

Sambutan Global yang Semakin Bermakna Setiap 2 April, dunia memperingati Hari Kesedaran Autisme Sedunia yang telah diisytiharkan oleh United Nations...

Penulis Lirik Terkenal Hairul Anuar Harun Dikurniakan PhD Di UPSI

Penulis Lirik Terkenal Hairul Anuar Harun Dikurniakan PhD Di UPSI

12/11/2025
0

Penulis Lirik Terkenal Hairul Anuar Harun Dikurniakan PhD di UPSI

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd