• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerjasama Masyarakat Perlu Untuk Banteras Extremisme

oleh Ahmad Albab
13/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan memerlukan sokongan semua lapisan masyarakat dalam usaha membanteras kegiatan puak extremis daripada mengugat keselamatan dan keharmonian negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata ancaman kegiatan extremis seperti kumpulan militan dikenali IS tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat dan ia perlu ditangani daripada menular.

“Sehingga kini, 39 orang rakyat kita daripada pelbagai latar belakang telah ditahan terlibat dengan serta menyokong aktiviti IS.

“Walaupun kejadian (kegiatan militan) ini berlaku di Syria, tapi andainya ia berlaku di sini, ia akan merosakkan keharmonian kaum dan mengugat keselamatan negara dan ekonomi kita,” katanya pada perasmian perhimpunan tahunan Persekutuan Persatuan-Persatuan Foochow Malaysia di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membentangkan kertas putih mengenai ancaman militan IS di Dewan Rakyat manakala satu undang-undang baharu akan digubal tahun depan untuk mengekang ancaman dan penularan aktiviti pengganas di negara ini.

Dalam pada itu, Wee yang juga Timbalan Presiden MCA berkata sikap dan nilai keusahawanan, rajin, cermat dan bersatu masyarakat Foochow yang tinggi telah menjadi pendorong penting masyarakat itu berjaya dalam semua bidang diceburi.

“Misalnya, jika mahu memulakan sesuatu perniagaan, peniaga Foochow biasanya akan membantu sesama sendiri dalam memastikan perniagaan yang diceburi berjaya,” katanya .

Wee berkata masyarakat itu juga melahirkan ramai pemimpin ternama dalam pelbagai bidang di negara ini.

Antaranya ialah bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Ting Chew Peh dan bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik, ahli perniagaan paling kaya di Malaysia Tan Sri Robert Kuok dan hartawan media Tan Sri Tiong Hiew King. – BERNAMA

Tags: Wee Ka Siong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Heret ‘Mafia Korporat’, Tapi Bersasar dan Profesional – MCA

Heret ‘Mafia Korporat’, Tapi Bersasar dan Profesional – MCA

24/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menegaskan isu mafia korporat perlu ditangani secara tegas,...

‘YB Jumpa Menteri Dan Minta Maaf Ya’ – Dr Akmal

‘YB Jumpa Menteri Dan Minta Maaf Ya’ – Dr Akmal

10/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong digesa memohon maaf kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) susulan kenyataannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd