• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bimbang Dibom, Peminat Gesa Bieber Batal Konsert

oleh
25/05/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON DC – Peminat merayu Justin Bieber agar membatalkan konsert di Britain ekoran serangan bom pada konsert Ariana Grande yang meragut puluhan nyawa di Manchester kelmarin.

Media tempatan melaporkan Bieber, dijadual mengadakan konsert terbuka di Hyde Park, London jam 1 tengah hari pada 2 Julai depan selepas jelajah di Millennium Stadium, Cardiff, Wales pukul 4 petang pada 30 Jun.

Sebelum itu, beliau akan menemui peminat menerusi konsert di RDS Arena, Dublin, Ireland pada 21 Jun depan. Selepas Britain, Bieber bakal ke Denmark, Norway, Sweden, Switzerland, Itali, Perancis dan Jerman.

Bagaimanapun para peminat dikatakan mula membanjiri laman media sosial penyanyi berusia 23 tahun itu untuk menggesa pembatalan konsert demi keselamatan nyawa kedua-dua peminat dan beliau sendiri.

“Saya dapat jangka ramai ibu bapa kepada anak muda yang mungkin bimbang untuk melepaskan anak mereka berusia 12 tahun pergi ke konsert,” kata Ed McPherson, peguam hiburan dan pengurus krisis di Los Angeles.

Keadaan itu mungkin menyebabkan ibu bapa berasa keberatan untuk mengizinkan anak mereka menghadirinya dan menjejaskan artis yang membuat persembahan kepada sasaran penonton yang lebih muda.

Joe Reinartz, editor berita Pollstar berkata, walaupun percaya bahawa tahap keselamatan sudah diperketatkan di lokasi-lokasi konsert dan pasti akan terus dipertingkat, ibu bapa tetap juga akan berhati-hati.

Menurut beliau, dalam masa terdekat ini, orang ramai akan berasa bimbang terhadap sebarang perhimpunan besar-besaran yang dihadiri oleh golongan muda, dan ini bukan setakat persembahan Bieber sahaja.

Bahkan ia bakal turut melibatkan perlawanan bola sepak remaja di sekolah menengah ataupun program karnival komuniti setempat di kawasan tanah lapang. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Ariana GrandeJustin Bieber
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunang Jamal Khashoggi Desak Bieber Batal Konsert F1 Di Arab Saudi

22/11/2021
0

TUNANG wartawan Jamal Khashoggi mendesak supaya penyanyi terkemuka Justin Bieber membatalkan konsertnya yang dijadualkan berlangsung di Arab Saudi pada Disember...

‘Mungkin Saya Terlalu Peramah’

03/09/2018
0

LOS ANGELES - Seorang biskop yang mengetuai upacara pengebumian penyanyi popular, Aretha Franklin, meminta maaf selepas dituduh memegang payudara penyanyi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd