• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Krisis Politik Selangor: Sultan Perkenan 3 Exco Kekal

oleh Ahmad Albab
26/05/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan hasrat menteri besar untuk mengekalkan kedudukan tiga wakil rakyat PAS sebagai Ahli Majlis Mensyuarat Kerajaan Negeri itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Alam Shah, baginda sebelum ini telah menerima menghadap Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga ahli dewan undangan negeri (ADUN) Sabak, Sallehen Mukhyi.

Beliau dilantik hasil mesyuarat Badan Perhubungan PAS Selangor yang pertama bulan ini untuk penggal 2017/2019 hadir bersama-sama tiga exco terlibat untuk menjelaskan pendirian mereka.

Setelah menimbang dan meneliti segala aspek dari sudut kestabilan pentadbiran kerajaan negeri dan berbincang dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, baginda memperkenankan hasrat untuk mengekalkan tiga exco berkenaan.

“Baginda malah berkenaan dengan hasrat Datuk menteri besar untuk mengekalkan ketiga-tiga Exco PAS sehingga ke tarikh pilihan raya umum yang akan datang.

“Baginda juga berkenan agar kedudukan Exco sedia ada dikekalkan demi kepentingan rakyat dan usaha pembangunan Selangor,” kata Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam kenyataan itu.

Sehubungan itu, Sultan Sharafuddin turut menyeru semua pihak di Selangor agar tidak lagi menimbulkan sebarang spekulasi negatif tentang kestabilan kerajaan negeri.

Baginda juga berharap rakyat khasnya yang beragama Islam menumpukan persiapan diri menjelang bulan Ramadan bagi meningkatkan keimanan dan ketaqwaan. – mStar Online

Tags: Exco SelangorSultan Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Perjelas Sejarah LRT3: Najib Mulakan, Guan Eng Potong, Anwar Sambung

Sultan Selangor Perjelas Sejarah LRT3: Najib Mulakan, Guan Eng Potong, Anwar Sambung

01/07/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi penghargaan (credit) kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun...

Sultan Selangor Sokong Titah Agong Berkenaan Rukun Negara

Sultan Selangor Sokong Titah Agong Berkenaan Rukun Negara

01/06/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan menzahirkan setinggi-tinggi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd