• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nicol Gembira Aksi Melawan Pemain Muda Negara

oleh Ahmad Albab
24/05/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David gembira dengan aksi yang ditunjukkan pemain muda negara di Kejohanan Kebangsaan di Pusat Skuasy MSN, Jalan Duta, di sini.

Bercakap kepada pemberita selepas menempah tiket ke separuh akhir kategori wanita perdana, Nicol, 33, turut gembira menyaksikan pemain muda bersaing hebat untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

“Tahap permainan di sini sudah meningkat dan ada pemain yang bagus. Ada yang telah beraksi di luar negara dan ia juga menarik melihat mereka memberi saingan kepada lawan lebih terkemuka, sekali gus mendapatkan pengalaman yang cukup penting untuk mereka.

“Saya harap mereka dapat belajar sesuatu di sini dan mendapat inspirasi untuk mewakili negara bagi meningkat mutu skuasy Malaysia,” kata juara dunia lapan kali ini.

Terdahulu, Nicol yang tidak beraksi di kejohanan ini selama tiga tahun selepas menang pada 2012 dan 2013, menewaskan pemain berusia 16 tahun, Chan Yiwen 11-6, 11-2, 11-2 di suku akhir untuk menempah pertemuan dengan Andrea Lee, 18, di separuh akhir esok.

“Yiwen adalah pemain yang baik, pukulannya kemas, mempunyai pemikiran skuasy yang baik selain pergerakan yang bagus…ini cukup penting untuk pemain dan saya percaya dia hanya perlu terus meningkat dan menimba lebih pengalaman.

“Saya ada mencuba beberapa helah dan bermain mengikut rentak sendiri bagi memberi tekanan kepadanya,” kata pilihan utama kejohanan ini.

Sementara itu, Andrea yang mara ke separuh akhir selepas menewaskan Zoe Foo 11-7, 11-3, 11-8 berjanji mahu memberi saingan kepada Nicol, untuk menang sekurang-kurangnya satu set.

“Saya akan melakukan yang terbaik, lebih banyak menyerang untuk memaksanya bergerak. Ia pasti pengalaman yang baik dan saya mahu belajar sesuatu daripadanya,” katanya.

Dalam satu lagi aksi separuh akhir, Rachel Arnold, yang menewaskan Ooi Kah Yan 11-5, 9-11, 11-9, 11-5, akan menentang Teh Min Jie yang mara selepas lawannya Aifa Azman menarik diri kerana kecederaan.

Bagi kategori lelaki perdana, juara bertahan, yang juga pilihan utama, Nafiizwan Adnan menewaskan bekas pemain kebangsaan yang juga jurulatih, Ong Beng Hee 11-1, 11-7, 11-5, untuk menempah pertemuan menentang Syafiq Kamal, yang menundukkan Muhammad Addeen Idrakie 7-11, 12-10, 11-4, 7-11, 11-6 di suku akhir.

Satu lagi aksi separuh akhir adalah antara pilihan kedua, Ivan Yuen, yang mengetepikan pemenang pingat emas Sukan SEA 2015, Sanjay Singh Chal 11-7, 11-3, 11-8, dan juara remaja dunia 2016, Ng Eain Yow, yang menundukkan Elvinn Keo 11-4, 11-4, 11-5. – BERNAMA

Tags: Datuk Nicol David
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nicol Kalah Dalam Suku Akhir Terbuka Oracle Netsuite

30/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David gagal dalam usaha untuk mengulangi kejayaan tahun lepas apabila kalah dalam...

Nicol Terbaik Sepanjang Zaman

27/08/2018
0

JAKARTA - Datuk Nicol David kini boleh bersara dengan tenang apabila memahat nama sebagai atlet terbaik Malaysia dalam sejarah Sukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd