• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembedahan Pindah Zakar Beza Warna Berjaya Di Dunia

oleh Ahmad Albab
24/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHANNESBURG – Sekumpulan doktor di Afrika Selatan berjaya melakukan pembedahan pemindahan zakar yang berbeza warna didermakan ke atas seorang lelaki yang berumur 40 tahun.

Pesakit tersebut dilaporkan kehilangan organ kemaluannya itu akibat komplikasi setelah menjalani upacara khatan tradisional, kira-kira 17 tahun lalu.

Ia adalah kali ketiga pembedahan seumpama itu berjaya dilakukan di dunia, dan ia pembedahan kali kedua yang berjaya dikendalikan kumpulan doktor sama dari Universiti Stellenbosch dan Hospital Tygerberg di Cape Town itu.

Sebelum ini, kumpulan doktor sama mencipta sejarah apabila berjaya melakukan pembedahan pemindahan zakar, juga di Afrika Selatan, pada Disember 2014.

Pembedahan pada 21 April itu diketuai Profesor Andre van der Merwe dan mengambil masa selama lebih sembilan jam, lapor portal berita tempatan, Health24.

“Pesakit ini nampaknya yang paling ceria di wad, tahap pemulihannya sangat memberangsangkan, tiada tanda-tanda penolakan dan semua penyambungan pada alat sulitnya, pulih dengan baik,” kata Van der Merwe.

Dalam masa enam bulan, fungsi organ itu dijangka dapat digunakan sepenuhnya, tetapi ada sedikit perbezaan warna pada alat sulit berkenaan kerana penerima adalah seorang berkulit hitam, manakala pendermanya berkulit putih.

“Malangnya, kita tidak dapat mencari penderma dari bangsa yang sama. Bagaimanapun, perbezaan warna itu boleh diperbetulkan kemudian melalui kaedah tatu perubatan,” kata seorang lagi doktor terlibat, Dr. Amir Zarrabi.

Beliau turut menyuarakan keyakinan pasukannya akan melakukan lebih banyak pembedahan pemindahan zakar yang berjaya pada masa depan.

“Terdapat banyak kes zakar semasa proses berkhatan secara tradisional ini, kami mahu mewujudkan program yang mampan untuk membantu golongan ini,” katanya.

Pembedahan pemindahan zakar yang dilakukan ke atas seorang lelaki berusia 64 tahun di Hospital Besar Massachusetts di Boston, Amerika Syarikat pada Mei 2016, merupakan pembedahan kali kedua seumpamanya berjaya dilakukan di dunia. – BERNAMA

Tags: zakar
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

9 Makanan Untuk ‘Tegang’ Yang Memuaskan

28/04/2020
0

ADA sembilan makanan yang dikenal pasti mampu memberikan ketegangan yang diperlukan oleh lelaki untuk memuaskan pasangan mereka. Bagi yang beragama...

Zakar Terpaksa Dibedah, Gara-Gara 39 Bola Magnet

06/02/2019
0

SEORANG budak lelaki 12 tahun berdepan detik cemas apabila terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan 39 bola magnetik daripada kemaluannya. Dia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd