• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akta Larangan Jual, Beli Rokok Bawah Umur Digubal

oleh Ahmad Albab
24/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Had umur membeli dan menjual rokok akan dinaikkan kepada 21 tahun dengan pengubalan undang-undang baharu, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata peraturan itu akan dilaksanakan dalam Akta Kawalan Tembakau dan Merokok (termasuk rokok elektronik) yang drafnya kini disediakan.

Menurutnya, akta yang akan menggantikan Akta Makanan 1983 berkaitan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau itu yang mengandungi larangan pembelian dan penjualan rokok bagi mereka yang berumur 21 tahun ke bawah, akan dibentangkan di Parlimen tahun depan.

“Jika sebelum ini, umur 18 tahun dan ke bawah hanya tidak boleh beli rokok tetapi boleh menjual rokok jadi undang-undang baharu ini nanti akan memperketatkan peraturan ini dengan tidak boleh membeli dan menjual kepada mereka yang berumur 21 tahun ke bawah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pelancaran Nafas Baru Bulan Ramadan Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Menjelaskan mengenai had umur itu, Hilmi berkata pada umur sebelum 21 tahun, otak manusia masih dalam peringkat perkembangan dan amalan menghisap rokok boleh menjejaskan perkembangan otak perokok.

Hilmi dalam pada itu berkata program Perkhidmatan Berhenti Merokok (mQuit) yang dijalankan pada tahun lepas mendapati lebih 10,000 perokok tampil mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan untuk berhenti merokok.

“Hasilnya pada tahun lalu, 27 peratus daripada jumlah perokok yang mendapatkan rawatan melalui mQuit telah berjaya berhenti merokok,” katanya. – BERNAMA

Tags: merokok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Marah Ditegur Merokok Dalam Restoran, Lelaki Bergaduh Dengan Pasangan Suami Isteri

Marah Ditegur Merokok Dalam Restoran, Lelaki Bergaduh Dengan Pasangan Suami Isteri

15/09/2025
0

SHAH ALAM: Seorang lelaki bertindak agresif dan mencetuskan pergaduhan selepas ditegur merokok di sebuah restoran di Seksyen 13, di sini....

Dobi, Bangunan Tempat Kerja Kini Kawasan Larangan Merokok

Dobi, Bangunan Tempat Kerja Kini Kawasan Larangan Merokok

04/10/2024
0

PUTRAJAYA - Premis dobi kini menjadi kawasan terbaharu larangan merokok selepas ia digazetkan di dalam senarai Tempat Dilarang Merokok di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd