• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Geely China Muktamad Beli 49.9% Saham Proton

oleh
24/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – DRB-Hicom Berhad (DRB-Hicom) mencapai persetujuan dengan syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group Co., Ltd. (Geely) untuk pembelian 49.9 peratus saham Proton Holdings Berhad (Proton).

Kedua-dua syarikat tersebut menandatangani perjanjian yang membolehkan Geely membeli kepentingan Proton dengan disaksikan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani di sini pada Rabu.

Perjanjian membolehkan Proton mendapat akses pelbagai platform dan enjin di bawah Geely selain menembusi pasaran sedia ada pembuat kenderaan China itu, termasuk liputan kereta pemanduan kanan di Asia Tenggara.

Malahan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, jenama Proton akan terus kekal dan bakal mengalami pertumbuhan ketara dengan kehadiran rakan strategik baharu ini.

“Hasrat kami untuk memastikan kebangkitan semula nama Proton kerana ia merupakan jenama kereta kebangsaan pertama dengan sejarah lebih 30 tahun sekali gus menjadi pemangkin pertumbuhan,” jelasnya.

Proton juga akan menjual keseluruhan pegangan ekuitinya dalam syarikat pembuat kereta ternama dari Britain, Lotus, kepada Geely, sekali gus menamatkan penglibatannya dalam segmen kereta sport.

Baca: Cerita Jahat Konon Proton Akan Jadi Ploton

Geely ketika ini turut menguasai firma Geely Automobile yang berpangkalan di Hong Kong dan kumpulan automotif terkenal Volvo Car Corporation dari Sweden selain The London Taxi Company di Britain.

Media melaporkan, pembelian membolehkan Geely mengoptimumkan kilang Proton di Tanjung Malim, Perak yang setakat ini hanya mengeluarkan kira-kira 150,000 unit kereta jenama tempatan itu setahun.

Keadaan ‘lesu’ tersebut menyebabkan operasi kilang berkenaan berada jauh di bawah tahap kemampuan sepatutnya kerana ia sebenarnya direka untuk menampung kapasiti maksimum sejuta unit kereta setahun.

Usaha pencarian rakan kerjasama strategik asing untuk Proton bermula susulan laporan prestasi tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2016 lalu menyaksikan ia mencatatkan kerugian bersih lebih RM1 bilion.

Ia berjaya menarik tujuh firma automotif antarabangsa melakukan proses bidaan dengan pengeluar jenama Peugeot dan Citroen iaitu PSA dari Perancis menjadi pihak terakhir yang bersaing sengit dengan Geely.

Sementara itu, Kerajaan Malaysia turut membantu Proton dengan menyuntik dana kecemasan berjumlah RM1.5 bilion sepanjang tahun lalu khasnya bagi membantu pihak vendor. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: GeelyProton
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

13/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik Proton X50 mendakwa kenderaan yang dipandunya mengalami insiden Sudden Unintended Acceleration (SUA) apabila kelajuan meningkat...

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

25/09/2025
0

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd