• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vanidah Dapat Pampasan Kes Syarikat Kosmetik Ingkar

oleh
23/05/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

VANIDAH Imran berjaya memperoleh RM265,000 selepas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan tuntutan saman untuk baki bayaran kontrak terhadap pengeluar kosmetik Ronasutra.

Hakim Roszianayati Ahmad hari ini membuat keputusan berkenaan selepas membenarkan tuntutan Vanidah atau dikenali sebagai Vee, 43, terhadap syarikat Miliyasutra Industries Sdn. Bhd.

Mahkamah tersebut juga memerintahkan Miliyasutra Industries sebagai defendan untuk membayar lagi kos sebanyak RM10,950 terhadap pelakon wanita tersebut.

Bagaimanapun, mahkamah menolak tuntutan aktres utama filem The Red Kebaya itu  bagi mendapat ganti rugi RM500,000 ekoran penggunaan imej dirnya, ganti rugi am, teladan dan teruk.

Pada 28 Oktober tahun lalu, Vanidah memfailkan saman terhadap Miliyasutra Industries menuntut ganti rugi RM726,000 antaranya bayaran tunggakan dan penggunaan imejnya walaupun perjanjian sudah tamat.

Menurut pernyataan tuntutan, Vanidah mendakwa telah menandatangani kontrak bernilai RM490,000 dengan Miliyasutra sekitar September 2012 hanya bagi tempoh selama dua tahun.

Sepanjang tempoh tersebut, pelakon itu  telah melunaskan tanggungjawab tanpa sebarang aduan daripada syarikat berkenaan, tetapi Vanidah mendakwa kontrak beliau ditamatkan pada September 2014.

Justeru, baki bayaran kontrak sebanyak RM265,000 masih belum diterima dan pada 6 April 2015, defendan mencadangkan bayaran sebanyak RM60,500 kepada pelakon itu sebagai penyelesaian penuh.

Vanidah kemudian mendakwa sekitar Julai 2016, beliau masih lagi mendapati imejnya telah disalah guna oleh defendan dalam penjualan beberapa barangan kosmetik jenama Ronasutra.

Sedangkan pada ketika itu, kontraknya telah luput namun penggunaan gambarnya tetap berlanjutan lagi sehingga sekarang. Oleh itu, Vanidah menuntut baki kontrak sebanyak RM265,000.

Manakala RM500,000 sebagai ganti rugi bagi penggunaan imejnya tanpa kebenaran selain ganti rugi am, teladan dan teruk serta lain-lain kos dan relif yang sesuai. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: kosmetikvanidah imran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rashidi Ishak Bengang

17/05/2019
0

KUALA LUMPUR – Pelakon Rashidi Ishak menempelak tindakan segelintir individu yang kerap menegur mengenai wajah anak keduanya Maryam Rashika yang...

Jabatan Kesihatan P. Pinang Serbu Pemborong Produk

25/10/2018
0

BUKIT MERTAJAM - Sebuah premis pemborong kosmetik di sebuah pasar raya besar di sini diserbu sepasukan pegawai dan anggota daripada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd