• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DUKE Fasa 2 Dibuka Untuk Laluan Kenderaan Malam Ini

oleh Ahmad Albab
23/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) Fasa 2 yang menghubungkan Jalan Tun Razak ke Jalan Tuanku Abdul Halim dan Karak mula dibuka untuk pengguna jalan raya 8 malam ini.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata laluan itu akan membantu menyelesaikan kesesakan yang berlaku di Bulatan Pahang.

“Ini berita baik kepada penduduk Lembah Klang kerana laluan ini bukan sahaja mengurangkan kesesakan malah memudahkan mereka untuk ke Hospital Kuala Lumpur.

“Kadar kesesakan yang akan dikurangkan apabila siap keseluruhan kelak adalah lebih kurang 40 peratus,” katanya selepas merasmikan pembukaan Lebuhraya DUKE Fasa 2 di sini hari ini.

Beliau berkata projek itu merupakan sebahagian daripada perancangan besar kerajaan untuk memastikan lingkaran jalan ‘GreaterKL’ dapat disempurnakan.

Fadillah berkata DUKE Fasa 2 melibatkan kos sebanyak RM1.2 bilion terdiri daripada dua sambungan lebuh raya iaitu Tun Razak Link sepanjang sembilan kilometer dan Sri Damansara Link (tujuh kilometer).

“Secara keseluruhan kami jangka siap sepenuhnya antara Ogos atau September ini. Ia kini 97 peratus siap,” katanya.

Projek DUKE Fasa 2 dikendalikan Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd dengan kerjasama Ekovest. – BERNAMA

Tags: DUKE
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jajaran Sri Damansara Link Dibuka Malam Ini

23/10/2017
0

KUALA LUMPUR - Jajaran Sri Damansara Link (SDL) Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) Fasa Dua akan dibuka kepada umum mulai 12...

Pecah Amanah – Faizznur Nafi Hanya Beri RM12K

24/10/2016
0

ADIK bongsu mangsa nahas DUKE yang didakwa pecah amanah Faizznur Asyraf Husain; 26, menafikan tuduhan yang dilemparkan oleh kakaknya, Datin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd