• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Nafi Ali Abdul Jalil Tiba Malaysia Tengah Hari Ini

oleh AK-47
14/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 13 Dis — Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menafikan aktivis politik Ali Abdul Jalil ditahan polis antarabangsa (Interpol) dan akan tiba di Malaysia tengah hari ini seperti tersebar dalam laman sosial Facebook.

Setiausaha Akhbar Menteri Dalam Negeri, Brig Jen Fadzlette Othman Merican Idris Merican berkata Polis Diraja Malaysia akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan jika mempunyai apa-apa maklumat terbaru berhubung perkara itu.

BACA: Ali Belum Ditahan, Bersekongkol Dengan Melayu Murtad Sweden

“Berita yang tersebar dalam laman sosial itu tidak benar,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam mesej ringkas menerusi WhatsApp kepada Bernama berkata beliau tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung perkara itu.

Semalam, menerusi catatan dalam akaun Facebook miliknya, Ali menyatakan:

“Aku diangkut Interpol … malam ni dibawa pulang ke Malaysia … esok tiba di KLIA dalam jam 12 tgh hari … Never give up”.

Ali yang berdepan tuduhan menghasut kerana menghina institusi Raja di negara ini melalui laman Facebooknya, melarikan diri ke Sweden bagi mendapatkan perlindungan politik.

Isnin lepas, Jabatan Imigresen mengumumkan pasport Malaysia Antarabangsa milik Ali ditarik balik berkuat kuasa serta merta.

— BERNAMA

Tags: Akta HasutanAli Abd Jalilhina sultansuaka politik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hina Sultan Selangor, Lelaki Dipenjara Sembilan Bulan

Hina Sultan Selangor, Lelaki Dipenjara Sembilan Bulan

06/09/2023
0

SHAH ALAM: Seorang lelaki pemilik akaun Facebook ‘Iman Mustaqim’ dijatuhi hukuman penjara selama sembilan bulan selepas melakukan kesalahan dengan membuat...

Polis Cadangkan Hadi Dituduh Bawah Akta Hasutan

Polis Cadangkan Hadi Dituduh Bawah Akta Hasutan

04/09/2023
0

Polis akan mencadangkan Jabatan Peguam Negara (AGC) menuduh Presiden PAS Abdul Hadi Awang bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd