• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Klinik Gigi’ Di Kaki Lima KL Yang Sungguh Meloyakan Tekak!

oleh AK-47
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Cuma berlagak bagai doktor gigi profesional, pelanggan pun datang perpusu-pusu mendekati ‘doktor gigi kaki lima’ untuk mendapatkan rawatan yang boleh dianggap murah dan sangat cepat.

Tanpa mengira kesan sampingan yang bakal menimpa, pelanggan yang kebanyakannya golongan berpendapatan rendah merelakan gigi mereka digodam oleh ‘doktor tak bertauliah’ agar sakit pulih seperti biasa.

‘Klinik gigi kaki lima’ dipercayai milik warga China ini, ligat beroperasi di kawasan Jalan Pasar, berhampiran Pasar Pudu yang nyata punyai persekitaran kurang bersih.

Tinjauan portal The Rakyat Post mendapati khidmat mencabut, mencuci dan menanam gigi palsu yang ditawarkan warga China ini mendapat sambutan masyarakat marhaen ekoran harga yang jauh lebih murah berbanding bayaran klinik pergigian swasta.

Hanya bermodalkan meja, kerusi dan beberapa peralatan pergigian lain ‘doktor gigi’ ini selamba menjalankan operasi tanpa mengutamakan faktor kebersihan.

Kawasan Pasar Pudu
Kawasan Pasar Pudu

Seolah-olah gusar diserbu oleh pihak berkuasa, mereka seperti sudah merancang strategi dengan menyimpan kebanyakan perkakasan di dalam beg manakala yang sering digunakan disusun rapi atas kotak putih.

Lebih memeranjatkan, khidmat menampal gigi berlubang turut ditawarkan menggunakan penggerudi gigi elektrik sebelum ditampal dengan serbuk yang dicampur bahan kimia.

Bukan sahaja persekitaran yang menjijikkan, ‘doktor gigi’ ini dengan selamba merawat pesakit tanpa memakai sarung tangan sekaligus boleh menimbulkan perasaan loya buat yang memandang.

TRP-Illegal-Dentist-L
Peralatan yang telah digunakan juga hanya dibasuh menggunakan air paip tanpa sabun mahupun cecair pembasmi kuman.Kelihatan, pelanggan yang selesai menjalani rawatan gigi akan diberi segelas air untuk berkumur-kumur. Air kumuran yang mengandungi sisa darah pula hanya diludah ke longkang berhampiran.Kebanyakan ‘doktor gigi kaki lima’ ini tidak boleh bercakap bahasa Inggeris dan hanya bertutur bahasa Mandarin.

Menurut papan harga yang diletakkan, khidmat mencabut dan menampal sebatang gigi hanya dikenakan caj RM5, manakala memasang gigi palsu pula cuma RM20 sebatang.

– MYNEWSHUB.CC

VIDEO PRANK DOKTOR GIGI CANTIK DAN SEKSI

https://www.youtube.com/watch?v=qVT_iV4ah94

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Teruskan Rentak Cemerlang, Raih Kemenangan Besar Dua Hari Berturut-turut

JDT Teruskan Rentak Cemerlang, Raih Kemenangan Besar Dua Hari Berturut-turut

09/10/2026
0

ISKANDAR PUTERI - Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak cemerlang apabila mencatat dua kemenangan bergaya dalam tempoh dua hari berturut-turut...

Kenaikan Gaji Minimum RM2,000: Netizen Mula Luah Kebimbangan Harga Barang, Kos Sara Hidup Turut Melonjak

Kenaikan Gaji Minimum RM2,000: Netizen Mula Luah Kebimbangan Harga Barang, Kos Sara Hidup Turut Melonjak

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan mulai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd