MADRID – Dua jaringan lewat Cristiano Ronaldo membantu kemenangan bergaya Real Madrid ke atas Almeria 4-1 dalam saingan La Liga awal pagi tadi, sekali gus mengekalkan rekod 20 kemenangan dalam semua pertandingan musim ini.
Kemenangan di Estadio de los Juegos Mediterraneos itu, Real nyata garang dengan memperoleh dua gol pada separuh masa pertama menerusi Isco pada minit ke-34 dan Gareth Bale (m-42).
Sebelum itu tuan rumah menyamakan kedudukan 1-1 menerusi jaringan Verza pada minit ke-39.
Pada penghujung permainan, giliran Ronaldo menunjukkan taringnya dengan menyumbat masuk gol pada minit ke-81 dan gol keempat Real tujuh minit kemudian.
Ia juga ledakan ke-25 Ronaldo untuk La Liga musim ini.
“Almeria mengasak kami sehingga membuatkan pemain mengambil masa untuk menguasai bola. Hanya pada penghujung babak permainan kami mendapat rentak dan mencari gol untuk kemenangan selesa,” kata jurulatih Real, Carlo Ancelotti. – AFP
