• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohd Nidzam Adha Dilamar Jadi Jurulatih Kedah

oleh Ahmad Albab
23/05/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Susulan kejayaan Kedah merangkul Piala FA 2017, pemangku jurulatihnya Mohd Nidzam Adzha Yusoff hari ini mengesahkan bahawa dirinya sudah dilamar oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) untuk menjadi ketua jurulatih pasukan itu sehingga penghujung musim ini.

Beliau menggantikan Tan Cheng Hoe yang kini menyertai skuad Harimau Malaya.

Mohd Nidzam Adzha berkata status beliau telah dimaklumkan oleh KFA sebelum final Piala FA antara Kedah dan Pahang di Stadium Shah Alam, Sabtu lepas.

Skuad Helang Merah itu berjaya menewaskan Pahang 3-2, sekali gus meraih kejuaraan keempat trofi tersebut.

“Mungkin keyakinan mereka (KFA) terhadap saya meningkat setelah Kedah berjaya membawa pulang Piala FA. Bagaimanapun, kedudukan saya pada musim hadapan hanya akan ditentukan oleh pihak KFA nanti,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Katanya, beliau bersedia memikul tanggungjawab yang diberikan oleh KFA walaupun sedar ia bukanlah suatu tugas yang mudah.

Sebelum ini, Mohd Nidzam Adzha memangku jawatan pemangku ketua jurulatih berikutan peletakan jawatan Cheng Hoe sebagai jurulatih Kedah pada 1 April lalu setelah ditawarkan menjadi pembantu jurulatih Harimau Malaya oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). – BERNAMA

Tags: Kedah FAMohd Nidzam Adha
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah FA Jangan Tuding Jari, Tipu Penyokong – TMJ

15/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan bahawa pemain Kedah sendiri yang bercerita mengenai masalah...

Nidzam Kecewa Pemain Gagal Manfaat Kelebihan Tempat Sendiri

06/08/2018
0

ALOR SETAR - Ketua jurulatih Kedah Mohd Nidzam Adzha Yusoff kecewa apabila kesebelasan pemain utamanya gagal memanfaatkan peluang beraksi di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd