• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelumba Honda Nicky Hayden Meninggal Dunia

oleh Ahmad Albab
23/05/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELUMBA Honda World Superbike Team, Nicky Hayden meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital hari ini, selepas dilanggar kereta dalam kemalangan di Itali, Rabu lalu.

Hayden, 36, yang juga juara MotoGP 2006, mengalami kecederaan di dada dan kepala akibat kemalangan itu yang berlaku ketika dia menunggang basikal dalam latihan di Rimini, Itali.

Gambar kemalangan yang diterbitkan media tempatan menunjukkan kerosakan teruk pada cermin hadapan kereta terbabit dan basikalnya.

Pelumba Honda Nicky Hayden Meninggal Dunia

Hayden yang dikenali sebagai ‘The Kentucky Kid’ mewakili pasukan MotoGP Honda dari 2003 hihgga 2015 sebelum ke Kejohanan World Superbike bagi musim 2016.

Hayden menang tiga grand prix dalam MotoGP pada 2005-2006 namun berjaya merampas kejuaraan dunia musim itu selepas pertarungan hangat dengan pelumba Yamaha, Valentino Rossi.

Kematiannya hampir tepat sebulan selepas pelumba profesional, Michel Scarponi meninggal dunia akibat dirempuh van ketika menjalani latihan berhampiran rumahnya. – AFP/myMetro Online

Tags: motor GPNicky Hayden
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rossi Hampiri 6,000 Mata GP

01/08/2018
0

PELUMBA Itali, Valentino Rossi berpeluang untuk melakar sejarah pada perlumbaan Grand Prix Republik Czech hujung minggu ini ketika juara dunia...

Penunggang Honda Repsol, Marc Marquez Masuk Hospital

14/08/2016
0

PENUNGGANG terkenal pasukan lumba Motor Honda Repsol, Marc Marquez terpaksa dikejarkan ke Hospital Leoban, Austria kerana mengalami kemalangan, hari ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd