• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umrah Perdana Kononnya Anjuran Jamil Khir Satu Penipuan

oleh AK-47
14/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Ada pihak didapati cuba menggunakan nama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dengan mengaitkan beliau dengan satu program Umrah Perdana yang didakwa dianjurkan beliau.

Setiausaha Sulit Kanan kepada Jamil Khir, Kolonel Ab Jabar Mohamad Aris berkata pihaknya menerima aduan berkenaan program itu yang akan diadakan pada 27 Disember 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

“Suka kami menjelaskan bahawa program berkenaan adalah sama sekali berada di luar pengetahuan dan atau penganjuran kami mahupun Pejabat Perdana Menteri sama ada secara langsung atau tidak langsung.

MENARIK  – Harga Minimum Pakej Umrah RM4,900

“Malah pihak penganjur telah secara sengaja dan tidak bertanggungjawab menggunakan nama Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom (B) dan Pejabat Perdana Menteri Malaysia,” katanya.

Menurut kenyataan itu, penganjur program telah mengutip RM500 bagi setiap penyertaan Program Umrah Perdana dan perkara itu merupakan satu penipuan.

Umrah_1 Umrah_2

“Sebaik pejabat ini menerima aduan dari sumber yang tidak dikenali, pengesahan telah dibuat dengan Pejabat Perdana Menteri dan mereka mengesahkan bahawa tiada maklumat berkaitan program berkenaan,” katanya.

Ab. Jabar berkata satu laporan polis telah dibuat dan memohon mana-mana pihak yang mempunyai maklumat dan menjadi mangsa kepada penipuan berkenaan agar segera membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menghadiri atau memberi sumbangan dalam apa jua bentuk untuk program berkenaan yang kononnya akan dilancarkan oleh Perdana Menteri,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Video Program Umrah Bersama Ustaz Abdullah Khairi

Tags: Jamil Khirumrah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Cadang Bina Terminal Khas Jemaah Haji, Umrah

Malaysia Cadang Bina Terminal Khas Jemaah Haji, Umrah

24/05/2024
0

SHAH ALAM - Kerajaan Malaysia memberi cadangan kepada Arab Saudi untuk membina terminal khas bagi membantu memudahkan urusan jemaah haji...

Anwar Berlepas Dari Riyadh Ke Jeddah Untuk Tunai Umrah

Anwar Berlepas Dari Riyadh Ke Jeddah Untuk Tunai Umrah

12/11/2023
0

Riyadh : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas dari Riyadh ke Jeddah bagi menunaikan umrah bersama isteri Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd