• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hospital Tentera Di Bangkok Dibom, 24 Orang Cedera

oleh AK-47
22/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Pihak polis mengesahkan letupan yang berlaku di sebuah hospital yang dikendalikan pihak tentera di sini adalah disebabkan letupan bom , kata Timbalan Ketua Polis Negara, Jen Srivara Rangsibrahmanakul hari ini.

Dalam kejadian 11 pagi waktu tempatan di Hospital Pramongkutklao itu, seramai 24 orang cedera akibat terkena serpihan dan kaca pecah.

“Pihak polis menemui sebahagian bahan bom seperti kabel dan wayar, tetapi belum dapat menentukan jenis bomnya,” katanya kepada pemberita di hospital itu dan menambah anggota pemusnah bom masih mencari bahan bukti.

Srivara berkata pihak berkuasa masih menyiasat motif pengeboman dan tidak mahu membuat spekulasi bahawa kejadian mempunyai kaitan dengan ulang tahun ketiga rampasan kuasa pihak tentera ke atas kerajaan awam.

Pada hari ini tiga tahun lalu, Majlis Kebangsaan bagi Keamanan dan Ketenteraman (NCPO) mengambil alih kuasa selepas rampasan kuasa dan membentuk kerajaan pimpinan tentera yang diketuai Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha.

Srivara yang mengutuk kejadian itu dan pelakunya berkata beliau telah memaklumkan kejadian tersebut kepada Timbalan Perdana Menteri Jen Prawit Wongsuwon yang juga Menteri Pertahanan.

Prawit turut bertanggungjawab dalam soal keselamatan negara.

Pengarah hospital berkenaan, Lt Jen Sabot Khiewkaji berkata letupan berlaku di hadapan bilik farmasi di hospital itu yang turut dibuka kepada orang awam.

Ketua pasukan pengendali ancamam bom polis, Kol Kamthorn Quicharoen pula berkata letupan disyaki berpunca daripada sebutir bom.

Pada 5 April lalu, sebuah bom paip meleteup di hadapan Bangunan Loteri Kerajaan di jalan Ratchadamnern yang menyebabkan dua orang cedera dan minggu lalu, sebuah lagi bom paip meletup berdekatan bangunan Teater Kebangsaan di Sanam Luang yang mencederakan dua orang.

Tiada pihak yang tampil mengaku bertanggungjawab ke atas letupan terbaharu itu. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Lupa Bersatu Diwujudkan Untuk Menentang Kleptokrasi 1MDB –  Muhyiddin

Jangan Lupa Bersatu Diwujudkan Untuk Menentang Kleptokrasi 1MDB – Muhyiddin

19/07/2026
0

SEREMBAN - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan asas kewujudan parti itu adalah untuk menentang...

Mengapa Cina India Perlu Sokong MCA MIC? BN-PN Mahu Satukan Undi Melayu-Islam – Senator DAP

Mengapa Cina India Perlu Sokong MCA MIC? BN-PN Mahu Satukan Undi Melayu-Islam – Senator DAP

18/07/2026
0

SEREMBAN - Senator DAP, RA Lingeshwaran mempersoalkan mengapa kaum Cina dan India perlu menyokong MCA dan MIC dalam Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd