• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden Vietnam Lakukan Lawatan Negara Ke Rusia

oleh AK-47
22/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANOI – Presiden Vietnam, Tran Dai Quang akan melakukan lawatan negara ke Rusia pada Jun ini atas jemputan Presiden Vladimir Putin, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Perkara itu dimaklumkan Quang kepada Menteri Pembangunan Ekonomi Rusia Maksim Oreshkin dalam satu pertemuan pada Ahad.

Pada pertemuan itu, Quang menzahirkan rasa gembira dengan perkembangan peningkatan kerjasama strategik di antara Vietnam dan Rusia, dan menambah lawatan yang lebih kerap oleh pemimpin kedua-dua negara telah membantu mengukuhkan hubungan politik dan mewujudkan motivasi untuk perkongsian yang aktif dan berkesan dalam bidang ekonomi, perdagangan dan pelaburan.

Sambil menekankan bahawa pentingnya Vietnam mempunyai perkongsian strategik yang komprehensif dengan Rusia, Quang menggesa kedua-dua belah pihak bekerjasama dalam melaksanakan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Vietnam dan Kesatuan Ekonomi Eurasia untuk membantu meningkatkan perkembangan ekonomi.

Oreshkin, yang berada di Vietnam untuk mesyuarat peringkat menteri bagi forum 21 negara Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), mengulangi harapan Rusia untuk mengukuhkan kerjasama dua hala dalam bidang ekonomi, perdagangan dan pelaburan.

Beliau memberi jaminan Rusia akan bekerjasama rapat dengan Vietnam untuk melaksanakan FTA Vietnam-Eurasia dengan berkesan bagi manfaat kedua-dua negara. – BERNAMA

Tags: Tran Dai Quang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd