• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penunggang Motosikal Kuasa Tinggi Maut Di PLUS

oleh Ahmad Albab
22/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi yang sedang berkonvoi maut dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Kilometer 386.7 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan sebelum susur keluar Behrang, kira-kira 112 kilometer dari sini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, DSP Mohd Mahiri Hussin berkata kemalangan kira-kira 4.45 petang itu melibatkan tiga motosikal berkuasa tinggi termasuk milik mangsa, dua kereta dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Beliau berkata identiti mangsa yang maut sedang dikenal pasti.

“Berdasarkan maklumat awal, konvoi motosikal jenis Kawasaki GTR1,400 cc yang disertai kira-kira 10 orang itu sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur semasa kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd Mahiri berkata dalam kemalangan itu, dua lagi peserta konvoi cedera ringan dan telah dihantar ke Hospital Slim River untuk rawatan.

Siasatan bagi mengetahui punca sebenar kemalangan masih dijalankan di lokasi nahas, katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautPenunggang Motosikal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd