• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Terengganu Umum Insentif JPNT RM500,000

oleh Ahmad Albab
22/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman hari ini mengumumkan insentif sebanyak RM500,000 kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) untuk mengadakan pelbagai aktiviti bagi memantapkan lagi profesionalisme guru di negeri ini.

Beliau berkata daripada RM500,000 itu, sejumlah RM300,000 akan disumbangkan oleh syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) manakala RM200,000 lagi akan disumbangkan oleh kerajaan negeri.

“Jumlah ini meningkat berbanding RM300,000 pada tahun lepas. Saya berharap JPNT akan mengadakan lebih banyak program atau kursus dan latihan sebagai menghargai penat lelah guru selama ini.

“Semoga insentif ini akan dapat memberi banyak manfaat kepada golongan guru seterusnya memartabatkan bidang pendidikan di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A Latiff Awang dan Pengarah JPNT, Shafruddin Ali Hussin.

Mengulas lanjut, Ahmad Razif berkata kerajaan negeri juga akan mengagihkan bantuan sebanyak RM2,000 untuk semua 503 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Terengganu dalam tempoh terdekat.

“Ia bagi memudahkan PIBG menjalankan aktiviti yang sesuai untuk kecemerlangan di sekolah masing-masing,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Ahmad Razif berkata guru adalah arkitek pendidikan negara yang telah banyak menyumbang ke arah pembangunan dan kemajuan negara selama ini.

“Di Terengganu sendiri, kerjaya guru ini telah diiktiraf apabila saya sendiri sebagai bekas guru dilantik sebagai Menteri Besar. Ia bukanlah satu tugas yang mudah namun dengan kerjasama rakan-rakan dalam barisan kepimpinan yang sebahagiannya adalah guru, telah banyak membantu selama ini.

“Sebagai guru, sudah pasti kita akan melakukan semua amanah yang diberi sebaik mungkin dan saya berharap akan terus mendapat sokongan golongan guru untuk terus menerajui kepimpinan negeri ini sebaik-baiknya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pendidikan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Sasar Sekolah Seluruh Negara Guna ‘Smartboard’ Menjelang 2027

KPM Sasar Sekolah Seluruh Negara Guna ‘Smartboard’ Menjelang 2027

18/04/2025
0

BAYAN LEPAS - Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkasa transformasi digital dalam sektor pendidikan negara terus diperkukuh apabila sasaran untuk...

PRK Ayer Kuning: Pendidikan Antara Visi Utama Calon BN

PRK Ayer Kuning: Pendidikan Antara Visi Utama Calon BN

14/04/2025
0

TAPAH: Pendidikan menjadi antara visi utama calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd