• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ajak Veteran ATM Sertai Aktiviti Kemasyarakat

oleh Ahmad Albab
21/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Masyarakat perlu mengajak anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut serta dalam aktiviti melibatkan orang kampung dan belia bagi memberi peluang mereka berkongsi pengalaman dalam mempertahankan negara.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata cadangan itu bagi memastikan pelbagai golongan masyarakat mengetahui peranan dimainkan ATM selain mendekatkan pesara berkenaan dengan aktiviti kemasyarakatan.

“Veteran tentera mempunyai banyak pengalaman dan pengetahuan untuk dikongsikan bagi mewujudkan minda perjuangan baharu dalam kalangan anak muda di negara ini,” katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan, Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Terengganu ke-59 di Bukit Keluang Beach Resort, di sini.

Turut hadir Yang Dipertua PVATM Terengganu Mejar General (B) Datuk Mohd Zaki Hamzah.

Sementara itu, Idris yang juga Anggota Majlis Tertingggi UMNO berkata bagi memastikan golongan veteran itu terbela, pihaknya akan membantu menyelesaikan pelbagai perkara termasuk mengurangkan jurang perbezaan pencen antara bekas anggota ATM yang bersara sebelum dan selepas 2004.

Selain itu, beliau juga akan mengetengahkan isu permohonan pemberian pencen kepada bekas ATM yang diberhentikan dan tidak mempunyai sebarang pendapatan bagi menyara diri serta keluarga mereka.

Dalam persidangan itu, seramai 13 anggota PVATM Terengganu menerima Pingat Setia Sentiasa Berjuang (PSSB) yang disampaikan Idris yang juga merupakan Anggota Parlimen Besut. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Idris JusohVeteran ATM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beras Import RM9.90 Licin Dalam Masa 15 Minit

Kerajaan Peruntuk RM244 Juta Bantu Veteran ATM

03/03/2024
0

LANGKAWI: Kementerian Pertahanan memperuntukan RM244 juta melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) bagi penyediaan Skim Bantuan...

95 Veteran Tentera Terlantar Di Muar Perlu Bantuan Khas Bulanan

95 Veteran Tentera Terlantar Di Muar Perlu Bantuan Khas Bulanan

27/08/2023
0

MUAR: Seramai 95 orang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kini hidup terlantar akibat menghidap pelbagai penyakit kronik memerlukan bantuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd