• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terbaik, 4 Beradik Gigih ‘Berkhemah’ Jaga Ibu

oleh AK-47
22/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IBU, engkaulah ratu hatiku. Jasa dan pengorbanan ibu pastinya sentiasa tersemat di hati anak-anak.

Seperti yang diketahui, ibu merupakan insan paling penting dalam hidup kita, saat kita di waktu kesusahan, stress pasal kerja atau hilang harapan, ibulah orang yang sentiasa menyokong dan menyayangi anak-anaknya.

Biarpun anak-anak mempunyai pelbagai karenah, tetapi ibu tetap sabar dan menangani sebarang masalah dengan senyuman.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh Isma Jannah di laman Facebook, dia berkongsikan foto kenangan keempat-empat adik beradiknya yang gigih ‘berkhemah’ demi menjaga ibu mereka yang bakal menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Terbaik, 4 Beradik Gigih 'Berkhemah' Jaga Ibu

“Sepanjang minggu ini, nikmatnya bermalam di hospital. Alhamdulillah, cukup lengkap 4 beradik kami kesemuanya.

“Masing-masing tinggalkan sebentar anak dan isteri untuk berkhidmat pada mak. Sesekali keluar kisah zaman kecil-kecil dulu dari mulut mak buatkan kami ketawa besar  ,” tulis Isma.

Foto tersebut membuatkan ramai netizen terharu dengan keazaman mereka dan rata-ratanya mengucapkan tahniah kerana berjaya menunjukkan contoh anak yang bertanggungjawab kepada orang ramai.

“Semoga bonda kalian cepat sembuh. Pastinya ibu sangat gembira meliaht anak-anak yang tersayang ada bersama-sama disaat memerlukan sokongan. Tahniah kerana menjadi contoh terbaik kewajipan seorang anak lelaki terhadap ibunya,” kata Fauziah Mohd.

“Aduh, air mata aku menitis melihat foto ini. Kalau kat  Hospital Sungai Petani mahu nya aku pi buat photoshoot anak beranak ni,” tulis Oren Kaler.

“Sejuk hati dan ibu yg melahirkan kalian.. Semoga bonda cepat sembuh.. Allahu Akbar… ☺☺,” kata Hafifah Wan.

Semoga ibu kepada empat beradik ini lekas sembuh dan diharapkan kegigihan mereka dalam menjaga ‘cinta hati agung’ dapat dijadikan contoh kepada seluruh lapisan masyarakat. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan…

Tags: Ibuteladan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

Ibu Zara Qairina Menitis Air Mata Semasa Proses Pengecaman

Ibu Zara Qairina Menitis Air Mata Semasa Proses Pengecaman

10/08/2025
0

KOTA KINABALU - Noraidah Lamat, ibu kepada Zara Qairina Mahathir, menitiskan air mata melihat wajah anaknya semasa proses pengecaman dibuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd