• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Denggi Di P.Pinang Meningkat 171.26 Peratus

oleh Ahmad Albab
12/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Kes denggi di Pulau Pinang meningkat sehingga 171.26 peratus dengan 2,558 kes direkodkan sepanjang Januari hingga 6 Dis ini berbanding hanya 943 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

Exco Kesihatan Negeri, Dr Afif Bahardian berkata dalam tempoh itu sebanyak tujuh kematian akibat denggi direkodkan berbanding lima dalam tempoh sama tahun lepas.

Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau berkata sebanyak 34 lokaliti wabak terkawal dilaporkan di negeri ini iaitu daerah Timur Laut membabitkan Taman Sri Pinang, Taman Free School, Jalan Lim Eow Thoon, Jalan Sungai Ujong, Taman Manggis, Taman Kheng Tian, Kuarters PBA Jalan Padang Tembak, Jalan Wright dan Pengkalan Weld.

Daerah Timur laut membabitkan Jalan Haji Hashim Imam, Jalan Datuk Keramat, Lorong Abu Siti, Halaman Kristal, Sinar Bukit Dumbar, Pangsapuri Alimshah Walley, Sri Saujana Apartment, Bellisa Court, Greenlane Heights Apartment, Kampung Cetty dan Taman Alor Vista.

Daerah Barat Daya ialah di Mutiara Perdana, Persiaran Mayang Pasir, Taman Sahabat, Kampung Masjid Teluk Kumbar, Flat Lengkok Mahsuri, Blok J Permatang Damar Laut dan Kampung Perlis.

Daerah Seberang Perai Utara membabitkan Taman Bunga Tanjung, Bagan Jermal,Taman Melur dan Pangsapuri Aman sementara daerah Seberang Perai Tengah ialah Kampung Besar, Kampung Jalan Baru dan Taman Permata.

Dr Afif meminta masyarakat setempat supaya mengambil langkah pencegahan dengan mengadakan aktiviti gotong royong bagi membersihkan kawasan sekitar serta membenarkan anggota jabatan kesihatan menjalankan semburan kabus di dalam rumah.

Katanya masyarakat setempat turut digalakan menggunakan repelan atau memakai baju dan seluar panjang ketika menjalankan aktiviti luar serta menyembur aerosol di dalam rumah atau memasang skrin pada tingkap.

Beliau menasihatkan mereka supaya segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital apabila mengalami demam dan tanda-tanda penyakit denggi seperti sakit badan atau sendi, mengalami muntah, ruam pada kulit dan kurang selera makan. – BERNAMA

Tags: denggi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lonjakan Denggi Ancam Singapura

09/06/2022
0

SINGAPURA – Pemerintah Singapura menyatakan bahawa republik itu sedang berdepan dengan situasi kecemasan bagi wabak demam denggi selepas mencatatkan lonjakan...

Denggi Naik 70 Peratus, HFMD Masih Paras Amaran Di Selangor

13/05/2022
0

SHAH ALAM : Kes demam denggi di Selangor mencatatkan peningkatan 70 peratus iaitu sebanyak 9,357 kes dilaporkan setakat ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd