• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Jinjang Selatan Tambahan Diminta Berpindah

oleh
20/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lebih 400 keluarga yang menghuni kawasan perumahan Jinjang Selatan Tambahan di sini diminta segera berpindah bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata projek berkenaan tetap akan diteruskan seperti perancangan walaupun terdapat bantahan daripada penduduk dan beberapa pihak lain kerana lesen menduduki sementara (TOL) di kawasan tersebut telah tamat.

“Saya tak faham kenapa mereka (penduduk dan pelbagai pihak) cuba untuk menghentikan pembangunan projek ini. Saya tidak peduli kerana saya perlu membangunkan semula kawasan ini dan bangunkan perumahan mampu milik untuk mereka.

“Selepas mereka berpindah keluar dari kawasan itu, syarikat pemaju projek tersebut akan bayarkan sewa rumah mereka selama tiga tahun iaitu RM600 sebulan sementara menanti projek itu siap. Itu pun mereka minta dinaikkan lagi kerana tidak cukup,” katanya kepada pemberita semasa diminta mengulas isu itu.

Bagaimanapun Tengku Adnan berkata penduduk asal kawasan tersebut akan diberi keutamaan untuk mendiami semula kawasan perumahan mampu milik itu setelah ia siap nanti.

“Penduduk generasi pertama akan ditawarkan unit rumah mampu milik secara percuma sebagai gantian. Manakala bagi generasi kedua, kita akan membantu mereka mendapatkan rumah di bawah projek tersebut pada harga RM200,000,” kata Tengku Adnan.

Penduduk dilapor membuat bantahan dan aduan kepada pihak polis berhubung projek pembangunan itu yang bakal dijalankan dalam tempoh terdekat.

Beliau sebelum itu merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Persatuan Penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Surau Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) serta Golongan Miskin Bandar di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di sini hari ini.

Pada majlis itu, kementerian menyumbang sebanyak RM4 juta yang RM10,000 disalurkan kepada setiap 381 akaun Persatuan Penduduk, manakala RM5,000 kepada setiap 54 surau PPR/PA DBKL dan RM100 kepada setiap 660 orang golongan berpendapatan rendah, miskin dan miskin tegar.

Tengku Adnan berkata sumbangan tersebut adalah bagi membantu persatuan penduduk melaksanakan program kemasyarakatan dan untuk golongan miskin bandar yang beragama Islam membuat persiapan menyambut bulan Ramadan. – BERNAMA

Tags: PerumahanTengku Adnan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Rasuah Tengku Adnan: PH Kecewa Keputusan Peguam Negara

22/11/2021
0

KUALA LUMPUR : Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menyatakan rasa terkejut dan kecewa susulan keputusan Peguam Negara yang membatalkan rayuan...

Ku Nan Cuti Sakit, Prosiding Bela Diri Tangguh

20/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Prosiding membela diri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap pertuduhan menerima suapan RM2 juta daripada seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd