• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Adakan Lawatan Kerja Ke Arab Saudi

oleh
20/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Arab Saudi, bermula hari ini, untuk menghadiri Sidang Kemuncak Negara Arab, Islam dan Amerika Syarikat, atas jemputan Raja Salman Abdulaziz Al Saud.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, sidang kemuncak berkenaan diadakan atas inisiatif kerajaan Arab Saudi dan berbetulan dengan lawatan negara Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke Arab Saudi.

“Menteri Kebudayaan dan Informasi Arab Saudi dan Duta Khas kepada Raja Salman Abdulaziz, Dr. Awwad Saleh Al-Awwad memanjangkan jemputan itu semasa mengadakan lawatan dan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri di Putrajaya pada 11 Mei,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut, Najib akan diiringi Menteri Pertahanan yang juga Menteri Dengan Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Selain menghadiri sidang kemuncak itu, perdana menteri juga dijadual menghadiri perasmian Pusat Global Bagi Memerangi Ideologi Pelampau di Mu’tamarat, Nasiriyah di Riyadh, kata kenyataan itu.

“Malaysia dijangka memainkan peranan utama dalam pembangunan pusat berkenaan.

Ini satu pengiktirafan bukan sahaja oleh Arab Saudi, tetapi dari seluruh dunia berhubung peranan aktif dan penting yang dimainkan Malaysia dalam memerangi keganasan di peringkat global,” kata kenyataan itu.

Menurut Kementerian Luar, pada hari terakhir lawatan, Najib dijangka menghadap Raja Salman Abdulaziz, Putera Mahkota Mohammad Naif Al Saud dan Timbalan Putera Mahkota Mohammed Bin Salman Al Saud.

“Pertemuan itu akan memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk membincangkan isu-isu dua hala dan serantau yang menjadi kepentingan bersama,” tambah kenyataan itu.

Malaysia dan Arab Saudi bekerjasama rapat dalam mempromosi keamanan, kestabilan dan keselamatan melangkaui dunia Islam, kata kenyataan itu.

“Lawatan Perdana Menteri ke Arab Saudi itu dijangka meningkatkan usaha-usaha itu serta mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang sudah pun berada pada tahap yang tinggi,” kata kementerian itu. – BERNAMA

Tags: Arab SaudiNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd