• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pampasan AS$100k Terkena Kopi Panas Starbucks

oleh
20/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIAMI – Seorang wanita Amerika Syarikat (AS) berjaya menerima ganti rugi AS$100,000 (kira-kira RM432,250) setelah mengalami luka serius akibat tersiram air panas dari secawan kopi Starbucks.

Joanne Mogavero, dari Tallahassee, Florida dekat sini pernah menderita luka melecur tahap pertama dan kedua akibat penutup cangkir minuman kopi miliknya itu tiba-tiba terjatuh di sebuah premis Starbucks pada 2014 lalu.

Media tempatan melaporkan, juri di sebuah mahkamah semalam berpendapat bahawa pihak Starbucks seharusnya memperingatkan setiap penggunanya mengenai risiko sekiranya penutup tersebut dapat terbuka sendiri.

Keputusan juri memutuskan pemberian pampasan sebanyak AS$85,000 (kira-kira RM367,412) untuk rasa sakit dan penderitaan yang dialami Mogavero serta lebih AS$15,000 (kira-kira RM64,837) untuk membayar kos rawatan.

Starbucks bagaimanapun mempertimbangkan untuk membuat rayuan balas atas alasan kecuaian pengguna tersebut sendiri yang tidak berwaspada dengan reka bentuk penutup cawan berkenaan apabila diisi oleh minuman panas.

Insiden pelik tersebut berlaku di sebuah premis pandu-lalu di Jacksonville ketika Mogavero mahu mengambil air kopi panas berkenaan daripada seorang petugas dan bersiap untuk memberikannya kepada penumpang kereta.

Salah seorang peguam bela kepada mangsa, Steve Earle menyatakan, “Klien saya tidak ingin perasaan simpati dari panel juri namun dia hanya ingin keadilan, dan juri telah memberikannya melalui keputusan pampasan.”

Dalam satu keterangaan pembelaan, pasukan peguam Mogavero mendedahkan saksi daripada seorang pegawai Starbucks ketika perbicaraan di Duval County bahawa firma itu pernah menerima 80 aduan dalam sebulan.

Ia berkaitan mengenai isu penutup cawan yang mudah terbuka atau bocor. Jurucakap Starbucks dalam pada itu menyatakan: “Seperti yang kami sampaikan ketika perbicaraan, kami tidak melakukan kesalahan apapun.”

Starbucks yang ditubuhkan di Seattle, Washington sejak 1971, kini memiliki hampir 13,000 cawangan di AS dan lebih 10,000 cawangan di seluruh dunia dengan sejumlah 238,000 pekerja. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: kopistarbucks
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Produk Kopi, Biskut Ditarik Balik Serta-Merta, Sijil Halal Dibatalkan

Produk Kopi, Biskut Ditarik Balik Serta-Merta, Sijil Halal Dibatalkan

03/04/2026
0

MELAKA – Semua produk kopi dan biskut daripada dua syarikat pengeluar tempatan diarahkan ditarik balik dari pasaran serta-merta selepas sijil...

McDonald’s, Starbucks Hentikan Perniagaan Di Russia

09/03/2022
0

LONDON : McDonald's Corp dan Starbucks Corp menghentikan sementara ratusan restoran di Russia, dengan Coca-Cola dan Pepsi turut muncul syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd