• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AMK Sokong Tindakan Sekumpulan Pelajar UM

oleh Ahmad Albab
12/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia menyokong tindakan sekumpulan pelajar Universiti Malaya (UM) berkhemah di kawasan universiti itu sejak beberapa hari lalu.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa, pergerakan “Occupy UM” itu sah berdasarkan hak warganegara untuk ikut terlibat dalam bantahan aman terhadap hukuman UM ke atas tujuh pelajar universiti berkenaan.

“Kami juga menyokong usaha Ahli Parlimen pakatan untuk bersama-sama pelajar dan menghantar nota bantahan kepada pihak pentadbiran Universiti pada hari Selasa depan bagi menolak hukuman yang dikenakan kepada beberapa pelajar UM.

“Dengan tindakan menggantung pengajian pemimpin-pemimpin pelajar yang sebenarnya agak cemerlang dalam pencapaian akademik mereka, pentadbiran UM jelas menunjukkan bahawa mereka tidak berminat untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang terbuka, berfikir dan sedia untuk bertukar fikiran,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, kata Nik Nazmi, AMK meminta semua rakyat Malaysia menyokong tindakan pelajar UM terbabit dan menggesa UM menarik balik hukuman yang dikenakan ke atas tujuh pelajar berkenaan.

Sekumpulan pelajar UM beberapa hari lalu mendirikan khemas dalam kawasan UM atas alasan memberi sokongan kepada tujuh pelajar UM yang dihukum kerana menganjurkan perhimpunan haram Oktober lepas.

Ia merupakan tindakan ‘occupy’ yang dibuat oleh segelintir mahasiswa UM dengan berkhemah di dalam kampus.

Tags: Nik Nazmi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada...

El-Nino Dijangka Berterusan Hingga Julai – Nik Nazmi

El-Nino Dijangka Berterusan Hingga Julai – Nik Nazmi

02/05/2024
1

KOTA BHARU : Fenomena El Nino atau cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini, dijangka berterusan sehingga Julai. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd