• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

21 Pegawai, Anggota Ditahan Dalam Op Kabaddi

oleh Ahmad Albab
20/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 21 pegawai dan anggota polis ditahan di seluruh negara menerusi Op Kabaddi kerana disyaki terbabit melindungi kegiatan jenayah termasuk sindiket pengedaran dadah.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata semua suspek terbabit ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 2012 (SOSMA).

Op Kabaddi dilancarkan awal bulan ini bagi membanteras anggota pasukan itu yang terbabit melindungi kegiatan jenayah.

“Siasatan polis masih berjalan dan di peringkat pengurusan kita akan lihat kelemahan dalaman yang ada untuk ditambah baik,” katanya selepas Perbarisan Tamat Latihan 604 pelatih Kadet Inspektor Siri 2/2016 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Pada 13 Mei lepas, sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan terdapat pegawai kanan polis di Jabatan Narkotik Polis Diraja Malaysia ‘melindungi’ sindiket pengedaran dadah yang sepatutnya mereka tumpaskan.

Memetik sumber, akhbar itu melaporkan pasukan tindakan khas mula menahan pegawai dan anggota yang terlibat sejak minggu lepas dengan ada antaranya berpangkat timbalan superintendan serta inspektor.

Mengulas mengenai tujuh pegawai dan anggota polis di Melaka yang dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), beliau berkata kesemua mereka masih ditahan dan disiasat suruhanjaya itu.

Noor Rashid berkata pihaknya kini mempertimbangkan cadangan membuat pertukaran tempat kerja lebih kerap untuk anggotanya bagi mengelak mereka terjebak dalam kegiatan tidak beretika.

“Aspek integriti dan amanah ditekankan dalam pemilihan di tempat atau jawatan sensitif kerana mereka perlu mempunyai ketahanan untuk tolak godaan (rasuah),” katanya. – BERNAMA

Tags: anggota polisOp Kabaddi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

30/12/2025
0

Kangar: Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan merogol...

Dua Anggota Polis Didakwa Esok Terbabit Kes Peras Ugut

Dua Anggota Polis Didakwa Esok Terbabit Kes Peras Ugut

20/10/2025
0

BALING: Dua anggota polis yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes pemerasan terhadap seorang lelaki yang meninggal dunia akibat serangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd