• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semak Warganegara Calon Parti Bukan Kerja SPR

oleh
20/05/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan bahawa urusan semakan status kerakyatan bagi calon parti dalam pilihan raya bukannya tanggungjawab badan berkenaan.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah malahan menegaskan, langkah semakan kewarganegaraan itu sebaliknya adalah tanggungjawab setiap parti politik yang bertanding sebelum menyertai hari penamaan calon.

“Tugas hakiki SPR menurut peraturan ditetapkan sebenarnya hanya ada tiga perkara, iaitu pertama sebagai badan rasmi dalam menjalankan urusan pilihan raya seperti yang diamanahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Tugas kedua pula adalah melakukan urusan persempadanan semula kawasan pilihan raya bagi setiap lapan tahun dan yang ketiga, memastikan daftar pemilih dikemas kini setiap suku tahun,” jelas Mohd. Hashim lagi.

Beliau menyatakan demikian pada Program Singgah Mesra #Jom Kita Daftar Undi di Pasar Borneo, di sini pada Sabtu. Turut serta ialah bintang sukan pecut tanah air era 1990-an yang juga dari Sarawak, Watson Nyambek.

Isu kewarganageraan calon timbul ekoran kerusi Pujut dikosongkan Dewan Undangan Negeri (DUN) setelah Dr. Ting Tiong Choon dibatalkan keahlian serta-merta mengikut Perlembagaan Negeri Sarawak pada 12 Mei lalu.

Wakil dari DAP tersebut diisytharkan sebagai tidak layak lagi untuk menjadi ADUN di kawasan Miri berkenaan kerana didapati memang selama ini mempunyai dua kewarganegaraan serentak, iaitu Malaysia dan Australia.

SPR dalam mesyuarat khasnya di Putrajaya pada Jumaat menetapkan 4 Julai ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Pujut, manakala 30 Jun ini sebagai hari penamaan calon. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Mohd. Hashim AbdullahSPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd