• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malindo Air Dijenamakan Semula Jadi Batik Air

oleh
20/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Syarikat penerbangan hibrid berpangkalan di Malaysia, Malindo Air bakal dijenamakan semula menjadi Batik Air (Malaysia) bermula suku kedua tahun ini, menurut media tempatan.

Ia turut menyaksikan Malindo Air bakal memiliki 19 buah pesawat Boeing 737 milik Batik Air (Indonesia) yang dipindahkan ekoran syarikat berpusat di Jakarta itu akan hanya mengurus 27 buah model Airbus A320 sedia ada.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Ramamuthy dan langkah penjenamaan itu juga membolehkan Batik Air (Malaysia) selepas ini dapat fokus lebih luas kepada banyak destinasi antarabangsa.

Ketika ini, Malindo Air ada cuma 30 pesawat Boeing 737 serta 16 buah model ATR 73-600 yang kini terbang ke 43 destinasi tempatan dan antarabangsa. Ia berhasrat mempunyai 100 buah pesawat dalam tempoh 10 tahun.

Manakala Batik Air (Indonesia) yang ditubuhkan sejak 2013 oleh induknya, Lion Air; syarikat tambang rendah terbesar di republik itu dan kedua terbesar di Asia tenggara selepas AirAsia; akan fokus kepada pasaran Indonesia.

Kumpulan Lion Air menguasai Batik Air (Indonesia) dan 49 peratus kepentingan dalam Malindo Air yang saham selebihnya iaitu 51 peratus dipegang National Aerospace & Defense Industries Sdn. Bhd. (NADI) serta Chandran.

Batik Air (Malaysia) pula akan meninjau untuk memperluaskan lagi perjanjian perkongsian kod penerbangan untuk meningkatkan trafik pasaran ke seluruh dunia dengan sasaran 30 syarikat penerbangan menjelang akhir 2018.

Buat masa ini, ia hanya menawarkan perkhidmatan rentas kod itu dengan Etihad Airways, syarikat penerbangan kedua terbesar di Emiriah Arab Bersatu selepas Emirates; selain Oman Air, Turkish Airlines dan Qatar Airways.

Menerusi penjenamaan semula itu, Batik Air (Malaysia) akan berimej baharu dengan penampilan corak batik warna perang pada ekor pesawat seperti mana diguna pakai Batik Air (Indonesia). – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: AirAsiaLion AirMalindo Air
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

07/08/2023
0

Pasti ramai antara kita yang pernah mengimpikan untuk suatu hari melancong ke        New Zealand, negara yang memiliki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd