• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Ambil Tindakan ‘On The Spot’ – Zed Zaidi

oleh Ahmad Albab
20/05/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PRESIDEN Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi berkata, pihaknya sudah menjalankan tanggungjawab dengan pantas apabila membuka jalan pendamaian insiden pertelingkahan David Teo dan Mat Over.

Malahan ia berjaya diselesaikan sebelum majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN2050) bersama penggiat seni tanah air di Seri Perdana, Putrajaya tamat.

Zed berkata, tiada apa yang perlu dipanjangkan lagi berikutan dua selebriti berkenaan termasuk Datuk Rosyam Nor selaku moderator sudah bersalaman antara satu sama lain di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Semua sudah diselesaikan on the spot. Mereka sudah meminta maaf dan memaafkan antara satu sama lain. Semuanya happy ending. Orang yang tidak datang, memanglah tidak nampak.

“Masa kejadian, saya duduk di belakang menenangkan Mat Over dan David Teo. Saya sejukkan hati Mat Over dengan beri dia minum air sirap banyak-banyak, lepas tu saya jumpa David yang ketika itu di tandas dan minta dia bersabar.

“David memang cara dia bercakap begitu, namun orang luar yang tidak rapat dengannya tidak tahu cara dia,” ujarnya kepada mStar Online.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Jamil diminta mengulas tentang pandangan segelintir netizen termasuk selebriti tempatan yang meminta pihak Seniman mengambil tindakan terhadap insiden yang berlaku.

Ia termasuk permintaan pelakon komedi, Afdlin Shauki agar Zed melakukan sesuatu berhubung isu berkenaan.

Saya Ambil Tindakan 'On The Spot' - Zed Zaidi
Semuanya sudah selesai sebelum majlis tamat.

Ini kerana Seniman sebelum ini agak lantang dalam pelbagai perkara yang ada kaitan dengan dunia seni tempatan.

Dalam kejadian malam Rabu lalu, David ditampar pelakon Sulaiman Yassin atau Mat Over selepas dia mempertikaikan cara Rosyam mengendalikan program itu.

David merasakan tidak adil kerana Rosyam hanya memberi fokus kepada tetamu yang berhadapan dengannya dan bukan di belakang.

Dalam pada itu, Zed meminta kepada mana-mana penggiat seni yang tidak hadir pada majlis berkenaan agar tidak memberi sebarang pandangan yang mengeruhkan lagi keadaan.

Tambahnya, mereka tidak perlu menulis pandangan di laman-laman sosial berdasarkan video yang tersebar semata-mata.

“Saya minta artis yang tidak datang jangan komen sebab mereka tidak berada di tempat kejadian serta tidak tahu situasi sebenar yang berlaku.

“Perkara itu hanya mengeruhkan keadaan sahaja. Apa yang mereka tonton dalam video yang menjadi viral, mereka tidak tahu sepenuhnya yang terjadi pada malam itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zed menganggap kejadian berkenaan tidak sepatutnya berlaku dan dia berharap insiden tersebut dapat menjadi iktibar kepada semua penggiat seni pada masa akan datang.

“Saya tahu buat kerja saya, orang tak nampak apa saya lakukan pada malam itu. Saya pelik juga bila saya bising orang marah, tapi bila saya sudah selesaikan senyap-senyap ada pula yang mahu dengar saya bersuara,” ujarnya. – mStar Online

Tags: SenimanZed Zaidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sektor Seni, Budaya, Hiburan Bakal Bangkit Semula

17/06/2020
0

KUALA LUMPUR - Dana sokongan bagi sektor seni, budaya, hiburan dan industri penganjuran acara sebanyak RM225 juta melalui Pelan Jana Semula...

SENIMAN Saran Artis Lapor Polis, SKMM Ke Atas Zarina

01/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) menyarankan para artis dan penggiat seni membuat laporan polis terhadap seorang selebriti yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd