• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Rancakkan Sektor Agro-Pelancongan

oleh Ahmad Albab
20/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang akan merancakkan lagi sektor agropelancongan di beberapa kawasan pertanian dan perladangan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif.

Beliau menambah selain Cameron Highlands yang sudah popular dalam kalangan pelancong, Pahang mempunyai pelbagai kawasan pertanian dan perladangan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan berinformatif.

Sebagai contoh, beliau merujuk kepada Pusat Pengembangan Akuakultur di Perlok, Jerantut dan di Bukit Tinggi, Bentong serta pusat pertanian, Semuji Resort di daerah ini selain daerah yang mempunyai ‘produk pengenalan sendiri’ seperti Musang King di Raub dan ikan patin di Temerloh.

“Agropelancongan sangat berpotensi untuk menarik kehadiran pelancong, khususnya golongan pelajar dalam program belajar sambil melancong dan pelancong dari luar negara.

“Bagaimanapun, untuk merealisasikan hasrat ini, kita perlu membangunkan fasiliti seperti bilik menginap dan laluan masuk supaya ia berada dalam keadaan baik.

“Ada di antara kawasan pertanian ini dilengkapi dengan kemudahan asrama dan sebagainya, tetapi perlu ditingkatkan lagi kemudahannya jika mahu dibuka kepada pelancong bagi memastikan keselamatan dan keselesaan mereka,” katanya.

Shafik Fauzan berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin merasmikan Pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) edisi Pahang 2017 di sini, semalam.

Turut hadir Pengurus Besar Tourism Pahang, Datuk Ishak Mokhtar; Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (Pahang), Datuk Idros Yahya; Pengarah Tourism Malaysia Pahang, Mohd Faharuddin Hatmin dan Pengerusi MATTA Fair edisi Pahang, Burhanuddin Ghazali.

Sementara itu, Burhanuddin berkata MATTA Fair edisi Pahang yang merupakan penganjuran kali ke-11 di sini, menyasarkan jualan sebanyak RM2 juta dan kehadiran lima juta pengunjung, dalam tempoh tiga hari ia berlangsung bermula semalam.

Katanya untuk tahun ini, sebanyak 56 tapak pameran dibuka bagi mempromosikan pakej pelancongan domestik serta luar negara dan sebagai kelainan, pameran tahun ini juga mempromosikan kempen Tahun Melawat Pahang 2017 yang sedang berlangsung. – BERNAMA

Tags: AgropelanconganPahang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Tiga Jam Tunggu Tepi Jalan, Syukur Kenderaan Baginda Berhenti”

“Tiga Jam Tunggu Tepi Jalan, Syukur Kenderaan Baginda Berhenti”

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Lebih tiga jam juga saya menunggu dan dapat berjumpa Tuanku kira-kira pukul 10 pagi. Syukur kenderaan baginda...

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penjelasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung isu sebuah keluarga di Kuala Sat, Jerantut yang hidup tanpa bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd