• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak Lelaki Maut Terjatuh Tingkat 10 Pangsapuri

oleh
19/05/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUDAK lelaki berusia 9 tahun meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 10 Pangsapuri Mawar, Selayang Mulia, Gombak pada 1 tengah hari hari ini.

Mangsa, Muhammad Nazirul Nasyat Mat Isa dikatakan main kejar-kejar bersama rakannya dari tingkat sembilan ke tingkat 10 pangsapuri berkenaan.

Bagaimanapun ketika sampai di tingkat 10, rakan mangsa berusia 6 tahun dikatakan masuk ke dalam rumah manakala mangsa terus mencari rakannya sebelum dia ditemui terjatuh di tingkat bawah perumahan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, pihak menerima panggilan kecemasan pada 1.40 tengah hari dan mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi kejadian.

Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian dan setakat ini tiada individu yang mendakwa melihat insiden berkenaan.

“Pasukan paramedik yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk proses bedah siasat.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi, hari ini. – Harian Metro

Tags: Jatuh Pangsapurikemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd