• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JKDM Terengganu Akan Laksanakan OPS T-Cbos

oleh Ahmad Albab
19/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu akan melaksanakan Operasi Terengganu Strategi Lautan Biru Kastam atau OPS T-Cbos bagi menyekat kegiatan penyeludupan barangan terlarang khususnya pada musim perayaan.

Pengarahnya Aidid Tajuddin berkata operasi itu adalah bagi menyekat pergerakan bekalan, penjualan dan pembelian barang-barang yang belum mendapat kelulusan Kastam.

Beliau berkata operasi bermula 22 Mei hingga 22 Jun itu akan memberi fokus terhadap pelbagai bentuk barangan terutama rokok, mercun dan bunga api.

“Lazimnya apabila tiba musim perayaan, barangan tersebut mendapat permintaan yang tinggi di pasaran, jadi kita mengambil langkah awal bagi menyekat aktiviti ini daripada terus berleluasa.

“Ini juga bagi meningkatkan tahap pematuhan peniaga terhadap peruntukan undang-undang Kastam di bawah Akta Kastam 1967 serta Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2015,” katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.

Aidid berkata selain mengadakan sekatan di jalan raya, pihaknya juga akan melakukan pemeriksaan di premis menjual mercun dan bunga api serta di bazar Ramadan yang menjual bahan larangan tersebut.

“Kita tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang ditahan atas kesalahan tersebut dan rampasan serta tangkapan akan dilakukan kepada mereka yang ingkar.

“Saya ingin menegaskan tiada tawaran kompaun akan dikeluarkan serta tiada bayaran tunai perlu dibuat bagi tujuan bayaran kepada Jabatan Kastam sepanjang operasi berkenaan,” katanya.

Bagi melancarkan operasi itu, beliau berkata pihaknya memohon semua peniaga dan orang ramai memberi kerjasama dan sebarang keraguan boleh berhubung terus menerusi talian 09-62256674.

Aidid berkata pihaknya juga telah melakukan pemeriksaan di 1,820 premis yang berdaftar GST sehingga Rabu lepas, dan daripada 7,236 peniaga yang berdaftar di seluruh Terengganu, tahap pematuhan mereka terhadap perkara itu mencecah 92 peratus. – BERNAMA

Tags: Kastamseludup
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd