• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Pegawai ZPP Bebas Dengan Jaminan SPRM

oleh Ahmad Albab
19/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Lima pegawai Zakat Pulau Pinang (ZPP) termasuk dua pegawai kanan yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan zakat negeri dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas tempoh reman ke atas mereka tamat hari ini.

Majistret Muna Maria Azmi membenarkan kesemua pegawai itu dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Semua pegawai berkenaan tiba di perkarangan Mahkamah Majistret pada 11 pagi dan perintah dikeluarkan oleh Majistret kira-kira 11.30 pagi tadi.

Dua pegawai kanan ZPP yang direman bermula 9 Mei lalu dibebaskan dengan jaminan masing-masing sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin, manakala tiga pegawainya yang ditahan pada 12 Mei masing-masing dijamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Bermula 9 Mei lepas , seramai 15 individu termasuk tujuh pegawai kanan ZPP dan kontraktor ditahan SPRM negeri itu bagi membantu siasatan kes penyelewengan wang zakat untuk projek pembangunan masyarakat ZPP sejak tiga tahun lalu. – BERNAMA

Tags: Kes RasuahPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya melahirkan kekesalan terhadap apa yang disifatkannya sebagai semakin banyak kebudayaan dan kesenian...

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd