• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Drastik Diambil Mantapkan Skuad Penyu

oleh AK-47
19/05/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kekurangan penyerang berwibawa dalam pasukan Terengganu pasti menjadi agenda penting skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim dalam memantapkan saingan bagi baki kempen Liga Perdana dan Piala Malaysia musim ini.

Walaupun Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman enggan mendedahkan hasil post mortem kekalahan kepada Kedah di separuh akhir Piala FA, isu ketumpulan penyerang yang dibangkitkan Irfan sebelum ini pasti antara agenda penting.

“Kita lihatlah jika ada keperluan kita akan laksanakan namun jika tiada, akan kekal dengan barisan yang ada,” kata Ahmad Razif yang juga menteri besar kepada pemberita ketika program sambutan Hari Jururawat peringkat negeri, di sini hari ini.

Namun Ahmad Razif enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu yang disifatkannya boleh melunturkan moral pemain.

Sebaliknya, beliau berkata beberapa tindakan drastik bakal dilakukan ke atas pasukan Terengganu bagi memastikan skuad itu terus mantap.

“Kita telah dapat keputusan post mortem aksi antara Terengganu dan Kedah baru-baru ini dan meminta pihak pengurusan mengambil tindakan segera…bentuk tindakan bakal dilaksanakan bergantung kepada pengurusan pasukan yang akan membuat keputusan menerusi mesyuarat jawatankuasa.

“Sekarang ini fokus kita pada saingan Liga Perdana dengan baki perlawanan yang ada dan kita dapati pasukan ada peningkatan untuk melangkah lebih jauh dalam saingan liga,” katanya.

Dalam perlawanan separuh akhir kedua Sabtu lalu, Terengganu tersungkur di laman sendiri selepas tewas 0-3 di tangan Kedah, yang mara ke final bertemu Pahang dengan agregat 4-0.

Dalam aksi itu, tuan rumah dihukum seawal minit keempat oleh penyerang import, Liridon Krasniqi sebelum pelawat menambah jaringan menerusi seorang lagi pemain import, Kenilson Larsen pada minit ke-28.

Skuad Lang Merah yang merupakan juara edisi 1996, 2007 dan 2008 mengesahkan penampilan di pentas final apabila penyerang import dari Brazil, Sandro Da Silva Mendonca bijak memperdayakan penjaga gol, Amirul Hakimie Awang pada minit ke-47 untuk gol ketiga pasukan itu. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tren Tergelincir di Stesen Chan Sow Lin, Semua Penumpang Selamat

Tren Tergelincir di Stesen Chan Sow Lin, Semua Penumpang Selamat

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Rapid KL mengesahkan sebuah tren tergelincir ketika melalui kawasan suis landasan di Stesen Chan Sow Lin pagi...

Jumlah Like Di Facebook, Tiktok Tak Memihak Kepada Kerajaan Bukan Penentu PRU-16

Jumlah Like Di Facebook, Tiktok Tak Memihak Kepada Kerajaan Bukan Penentu PRU-16

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Jumlah 'like' di Facebook dan Tiktok tak memihak kepada kerajaan bukan penentu mutlak Kerajaan Madani akan tumbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd