• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Timbalan Pengarah Hospital Machang Maut Kemalangan

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Seorang doktor perubatan yang juga Timbalan Pengarah Hospital Machang, maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sebelum melanggar sebatang pokok dalam kemalangan di kilometer 01 Jalan Bukit Tanah, Alor Hijau, Selising hari ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, DSP Abd Rozak Muhammad berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 7 pagi ketika mangsa Dr Mohammad Faizal Mohd Rozali, 34, dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Hospital Machang.

“Mangsa yang memandu sendirian kereta jenis Mitsubishi Lancer dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan menghala ke Selising dan melanggar sebatang pokok kekabu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Abd Rozak berkata kemalangan itu menyebabkan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala sebelum dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat.

Sementara itu, isteri mangsa Dr Hamimi Salihah Abdul Halim, 35, berkata beliau mengetahui mengenai kemalangan tersebut melalui laman Facebook kira-kira pukul 8 pagi ini.

“Arwah sepatutnya menunaikan umrah pada 31 Mei ini bersama ibunya. Semua persiapan ke Tanah Suci sudah dibuat, namun apakan daya Allah lebih sayangkan dia,” katanya.

Dr Hamimi Salihah yang bertugas di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian berkata suaminya tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara dan keluar bekerja seperti biasa sebelum terlibat dalam kemalangan pagi tadi.

Mangsa yang meninggalkan empat anak berumur antara dua dan 10 tahun, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu. – BERNAMA

Tags: kemalanganmaut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zahid Luah Rasa Sedih Dua Wartawan Kemalangan Dalam Perjalanan Buat Liputan Di Bagan Datuk

Zahid Luah Rasa Sedih Dua Wartawan Kemalangan Dalam Perjalanan Buat Liputan Di Bagan Datuk

25/10/2026
0

BAGAN DATUK - Dua petugas media daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan New Straits Times (NST) terlibat dalam kemalangan...

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

08/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Keadaan persekitaran pada pagi kejadian kemalangan yang meragut nyawa tiga beradik di Pontian, Johor, Khamis, dilaporkan berjerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd