• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesin Layan Diri Jual Kereta Mewah Terbesar Dunia

oleh
18/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Mungkin anda boleh melupakan sahaja minuman bergas atau makanan ringan jika melihat saiz mesin layan diri terbaharu di Singapura ini apabila kelihatan lain daripada yang lain.

Terletak di Jalan Kilang, Bukit Merah tidak jauh dari gedung perabot terkemuka IKEA Alexandra, mesin runcit ini hanya menawarkan kenderaan mewah, termasuk model Bentley, Ferrari, Lamborghini dan Morgan Plus 4 1955.

Penjual kereta terpakai Autobahn Motors (ABM) membuka bilik pameran 15 tingkat futuristik itu sekitar Disember tahun lalu, dengan memiliki 60 ruang bagi mempamerkan pelbagai jenama kereta berkuasa tinggi dan klasik.

Ia malah disifatkan sebagai mesin layan diri produk kereta paling besar di dunia. Senang kata, ia seumpama kotak pameran automotif popular Hot Wheels keluaran firma alat permainan terkenal Mattel dari Amerika Syarikat.

Bagi individu biasa, peluang untuk memiliki kenderaan mewah seperti itu mungkin di luar kemampuan. Namun laporan akhbar tempatan TODAY ini menggambarkan apakah berlaku dalam kunjungan ke bilik pameran ABM.

Apabila tiba di bangunan pameran itu, anda terlebih dahulu akan dibawa masuk ke sebuah galeri dan kemudian dipelawa untuk duduk di sofa yang selesa. Pelanggan selepas itu diberi tablet untuk memilih kereta idaman hati.

Uniknya, pemilihan tersebut dilakukan dengan hanya menggunakan tablet berkenaan yang mempamerkan semua kenderaan ada di galeri ABM, daripada kereta moden berkuasa tinggi sehingga kepada model klasik atau vintaj.

Menurut ABM, ia mengambil masa paling lama pun cuma dua minit sebelum kenderaan dipesan tersebut kemudian tiba di depan anda sendiri dengan menggunakan sistem penghantaran dalam bentuk ‘tulang ikan’ secara automatik.

Sementara itu, lampu-lampu akan dimalapkan di galeri berkenaan dan video promosi bagi kereta yang dipilih akan dimainkan. Sesudah video itu selesai ditayangkan, lampu studio akan memancar pada kereta berkenaan sahaja.

Ia diletakkan di satu platform yang boleh berputar sebelum pelanggan dapat membawa pulang kereta berkenaan sendiri setelah selesai segala urusan berkaitan dokumentasi pembelian terhadap produk kenderaan tersebut.

Pengurus Besar ABM, Gary Hong dipetik TODAY berkata, format mesin layan diri unik itu bertujuan memanfaatkan penggunaan ruang sempit di negara saiz kecil seperti Singapura dan sengaja direka sebagai lain daripada yang lain.

Harga kereta di Singapura adalah kedua termahal di dunia selepas Hong Kong, China dan rakyatnya perlu menukar kereta baharu selepas 10 tahun jika tidak mahu dikenakan cukai yang lebih tinggi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Singapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd