• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AKSEM Rampas Rokok Tak Sah Hampir RM170,000

oleh Ahmad Albab
18/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR -Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) Kuala Kedah menahan seorang lelaki dan merampas rokok tidak sah bernilai lebih RM169,000, termasuk cukai di sebuah rumah di Taman Merpati, di sini, petang semalam.

Suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan ketika sedang memunggah bungkusan plastik mengandungi kotak rokok berkenaan di dalam sebuah bilik di rumah yang disewanya ketika premis itu diserbu sepasukan anggota AKSEM Kuala Kedah, kira-kira jam 3 petang.

Timbalan Komander Operasi AKSEM Kedah, Noor Mohamed Shaik Alauddin, berkata hasil pemeriksaan, pihaknya menemui 1,367 slop mengandungi 273,400 batang rokok pelbagai jenama dalam rumah berkenaan, selain 110 slop dengan 17,200 batang rokok dalam but kereta jenis Kia Spektra miliknya.

“Kita percaya suspek memperoleh bekalan rokok itu di kawasan selatan Semenanjung, selain kedai bebas cukai berhampiran di negeri ini tanpa dibayar cukai,” katanya ketika sidang media, di sini, malam tadi.

Noor Mohamed berkata penjualan rokok tidak sah membabitkan pelbagai jenama itu mendapat sambutan berikutan harganya murah iaitu serendah RM3 sekotak.

Kes diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967, yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda nilai barang dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barang bagi kesalahan pertama. – Berita Harian

Tags: Rokok Seludup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerana RM3, Asyraf Terpaksa Beraya Dalam Penjara

Polis Kelantan Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM4 Juta

07/04/2024
0

Kota Bharu: Polis Kelantan merampas 27,350 karton rokok seludup bernilai lebih RM4.1 juta yang dimuatkan dalam treler di Jalan Sultan...

Maritim Malaysia Rampas 410,000 Batang Rokok Seludup

Maritim Malaysia Rampas 410,000 Batang Rokok Seludup

08/02/2023
0

KUALA TERENGGANU: Maritim Malaysia Terengganu mematahkan cubaan penyeludupan rokok selepas merampas 410,000 batang rokok putih yang bernilai hampir RM250,000 dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd