• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa, Anak Warga Australia Maut Dalam Kemalangan

oleh AK-47
18/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pasangan bapa dan anak warga Australia maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebuah kenderaan lain di Kilometer 3.6 Lebuhraya Iskandar Sultan berhampiran Horizon Hills, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Noor Hashim Mohamad berkata mangsa adalah Troy Justin Youngnickel, 45, yang bekerja sebagai pengarah projek reka bentuk dan anak lelakinya, Jai Geofrey Roy Youngnickel, 4.

“Kemalangan berlaku kira-kira 12.50 tengah hari ketika Youngnickel dan anaknya itu sedang dalam perjalanan dari arah bandar raya ini menuju ke arah Kota Iskandar.

“Dipercayai kenderaan Toyota Hilux dipandu Youngnickel terbabas dan melanggar besi penghadang jalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah Toyota Vellfire,” katanya di sini hari ini.

Noor Hashim berkata kedua-dua beranak yang beralamat di Jalan East Ledang, Iskandar Puteri, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di badan kerana tersepit di dalam kenderaan.

Beliau berkata pemandu Toyota Vellfire, Muhd Hafifi Hafiz Abu, 31, dan penumpangnya, Liew Sun Wen, 18, yang merupakan seorang pelajar, mengalami cedera ringan dan dirawat di Hospital Sultanah Aminah, di sini.

Katanya mayat dua beranak itu turut dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat.

“Toyota Hilux itu mengalami kerosakan pada keseluruhan bahagian manakala Toyota Vellfire pula hanya rosak di bahagian hadapan.

“Kemalangan berlaku ketika hujan, namun, tiada sebarang kekeliruan tanda jalan,” katanya.

Menurut Noor Hashim kemalangan terbabit sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: ACP Noor Hashim Mohamadkemalanganmaut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd