• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Palsu Geng Bersenjata Di Lahad Datu

oleh AK-47
17/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata pihaknya pernah menerima laporan mengenai terdapat kumpulan bersenjata di Lahad Datu sebelum ini, namun laporan berkenaan kemudiannya didapati palsu.

Menurutnya, beliau sendiri telah menerima satu panggilan telefon mengatakan terdapat kumpulan bersenjata di Lahad Datu lebih dua bulan lepas.

“Sejurus mendapat laporan itu, saya telah meminta Ketua Polis Daerah Lahad Datu untuk mengatur pegawai ke tempat berkenaan.

“Namun apabila sampai di kawasan berkenaan kita mendapati pengadu berkenaan dalam keadaan mabuk,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan seorang pekerja ladang yang terserempak dengan lima lelaki bersenjata di ladang sawit Blok 8, Felda Sahabat 2, Cenderawasih dekat Lahad Datu Isnin lepas.

Mengulas lanjut, Ramli berkata walau bagaimanapun pihaknya tidak mengambil mudah mengenai laporan itu dan telah menjalankan siasatan dan risikan.

“Saya tidak mengatakan bahawa laporan yang kita terima Isnin lepas sama seperti yang kita terima lebih dua bulan lepas.

“Kita telah menggerakkan semua elemen polis termasuk Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) untuk membuat risikan dan memeriksa kawasan berkenaan. Namun setakat ini kita masih belum menemui sebarang bukti berhubung dakwaan berkenaan,” katanya.

Pada masa sama, Ramli meminta agar orang ramai segera melaporkan kepada pihak polis mengenai sebarang pergerakan kumpulan yang mencurigakan di kawasan masing-masing.

“Jika benar, terus laporkan kepada polis. Namun jangan sesekali membuat laporan palsu kerana ia merupakan satu kesalahan dan boleh dituduh di mahkamah,” tegasnya. – BERNAMA

Tags: lahad datu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Lahad Datu Genap 13 Tahun Masih Segar Dalam Ingatan

Tragedi Lahad Datu Genap 13 Tahun Masih Segar Dalam Ingatan

04/03/2026
0

AL-FATIHAH... Tidak pernah dilupakan detik hitam yang menguji kedaulatan negara apabila pencerobohan bersenjata berlaku di Lahad Datu, Sabah. Peristiwa pada...

Bahaya Kabel Halus di Laluan Kampung Puyut, Rider Cedera Ringan

Bahaya Kabel Halus di Laluan Kampung Puyut, Rider Cedera Ringan

28/09/2025
0

Bahaya Kabel Halus di Laluan Kampung Puyut, Rider Cedera Ringan Lahad Datu, 28 Sept – Orang ramai khususnya penunggang motosikal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd