KUALA LUMPUR – Jualan kenderaan Ford pada November melonjak 32 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada 1,080 unit, diterajui oleh model Ranger dan Fiesta.
Jualan Ford pada tahun ini sehingga kini meningkat kepada 29 peratus kepada 12,506 unit, meletakkan syarikat pada kedudukan untuk mencatatkan rekod bagi jualan tahunan di Malaysia, demikian menurut syarikat dalam satu kenyataan hari ini.
“Kami yakin dengan peningkatan barisan kenderaan Ford bersama-sama komitmen untuk menyediakan pengalaman yang hebat akan terus menyokong pertumbuhan kekuatan Ford di Malaysia,” kata Pengarah Urusan Pasaran Malaysia dan AsiaPasifik, David Westerman. – BERNAMA