• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Lelaki Dipercayai Terlibat Skim JJPTR Direman

oleh Ahmad Albab
16/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Tiga lelaki disyaki terlibat dengan sindiket skim pelaburan JJ Poor to Rich (JJPTR), termasuk dalangnya, direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kewujudan unsur penipuan dalam skim berkenaan.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Klang Nik Nur Amalina Mat Zaidan bagi membolehkan ketiga-tiga suspek berumur antara 28 dan 29 tahun disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Ketiga-tiga lelaki tempatan terbabit yang ditahan awal pagi tadi di Petaling Jaya, dihantar ke lokap berpusat di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan berkata seorang daripada mereka disyaki dalang utama skim pelaburan yang didakwa berasaskan perniagaan pertukaran mata wang asing berkenaan, manakala dua lagi adalah orang kanan dan pembantu peribadi.

Jumaat lalu, satu serbuan dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dan polis Pulau Pinang bersama pasukan siasatan Pengubahan Wang Haram (AMLA), Bank Negara Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET), Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Cyber Security Malaysia di lapan lokasi berbeza di sekitar Pulau Pinang.

Kesemua lapan lokasi yang merupakan beberapa buah pejabat dan unit kediaman dipercayai digunakan sebagai pejabat operasi sindiket berkenaan.

Hasilnya 19 orang terdiri daripada 15 orang pekerja dan empat orang pelabur yang berusia dalam lingkungan 23 hingga 40 tahun ditahan.

Turut dirampas dalam serbuan itu adalah tujuh unit komputer serta komputer riba, mesin pengira wang, ratusan dokumen syarikat JJPTR, televisyen, perakam kamera litar tertutup (CCTV) dan wang tunai RM3,300.

Sindiket itu dipercayai telah mengaut keuntungan RM1.7 bilion hasil wang yang dilaburkan mangsa.- BERNAMA

Tags: JJPTR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Lelaki Terlibat Skim JJPTR Dibebaskan Hari Ini

23/05/2017
0

TAIPING - Tiga lelaki yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam penipuan sindiket pelaburan JJ Poor To Rich (JJPTR) termasuk dalangnya...

3 Lelaki Terlibat Skim JJPTR Dibebas Dengan Jaminan

22/05/2017
0

BUKIT MERTAJAM - Tiga lelaki yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam penipuan sindiket pelaburan JJ Poor To Rich (JJPTR) termasuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd