• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ronaldo Atlet Pertama Ada 100 Juta Pengikut IG

oleh
17/05/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bintang bola sepak kacak, Cristiano Ronaldo muncul sebagai atlet pertama di dunia yang berjaya memecahkan rekod sebagai paling ramai pengikut menerusi laman sosial Instagram.

Pemain berasal dari Portugal dan kini beraksi untuk kelab terkenal Real Madrid di Sepanyol itu disahkan memiliki lebih 100 juta pengikut melalui akaun rasmi beliau iaitu cristiano yang kini mengandungi sejumlah 1,786 posting.

Ronaldo turut menjadi individu kelima selepas Beyonce, Taylor Swift, Ariana Grande dan Selena Gomez apabila mampu menerima 100 juta follower menerusi Instagram yang sebelum ini hanya dibarisi oleh artis popular Barat.

Ini percapaian terbaharu beliau selepas muncul Pemain Tahunan Dunia awal tahun ini selain menerima Ballon d’Or atau anugerah pemain terbaik dunia sebanyak empat kali anjuran Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

🏡😎☀️

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on Feb 21, 2017 at 4:48am PST

Rekod jumlah pengikut Instagram itu dikemas kini firma penarafan awam antarabangsa, Burson Marsteller yang berpangkalan di Brussels, Belgium dan banyak melakukan kajian perangkaan sejak ditubuhkan pada 1965 lalu.

Ronaldo, 32, turut mencipta sejarah apabila menjadi individu pertama di dunia yang mempunyai lebih 120 juta pengikut menerusi akaun peribadi Facebook miliknya, menurut laporan oleh firma Mashable pada 5 Mei lalu.

Populariti Ronaldo di alam maya memang tidak dapat dinafikan sesiapa pun malahan foto-foto memaparkan aksi dirinya di lapangan selain momen kehidupan peribadi sentiasa mendapat liputan luas ramai netizen seluruh dunia.

Antara posting paling popular ialah foto beliau duduk santai di kereta mewah Bugatti pada 21 Februari lalu yang mencapai angka tanda suka luar biasa apabila digemari lebih 3.9 juta peminatnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Cristiano Ronaldo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

03/05/2023
0

RIYADH – Bintang sensasi dunia, Cristiano Ronaldo dikhabarkan ingin meninggalkan kelab Arab Saudi, Al-Nassr dan dilaporkan bakal kembali ke Real...

Ronaldo Bantu Mangsa Gempa Bumi Turkiye, Syria

Ronaldo Bantu Mangsa Gempa Bumi Turkiye, Syria

10/03/2023
0

LONDON: Cristiano Ronaldo sekali lagi menunjukkan keprihatinannya apabila menghantar pesawat khas penuh dengan muatan barangan penjagaan diri dan perubatan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd