MENJELANG perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut Jun ini, pastinya semua sudah tercari-cari busana raya yang akan digayakan pada pagi Syawal.
Pelbagai label juga sudah melakukan pemasaran dan promosi rekaan terbaharu jenama mereka.
Antaranya pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail yang sudah melancarkan produk terbaharunya baru-baru ini.
Namun, tak pasal-pasal rekaannya itu dikritik sebagai baju raya pesen pondan oleh sesetengah netizen.
‘Berang’ dengan perkara itu, Ezuwan menerusi Instagramnya membidas kembali kritikan itu dengan berkata,
“Sapa nk jentik i ols tu meh depan2 ya…suka carut2 kan..walaupun baju memondan ni kena carut tp this is the best seller yg mendapat sambutan ya..walaupun harganya rm2500 tp still laris!! #knightsbridgerayacollection #teruskanmencarutbajumemondan #neelofadanmodelkitaharizjadimangsa #maafkanmereka,” tulis pereka itu lagi.
Ha, kan dah kena sebiji.. Tulah netizen ni tahu jadi keyboard warrior je, cakap depan-depan Ezuwan lah kalau berani… – MYNEWSHUB.CC

