• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mira Filzah Akui Selesa, Senang Dengan Sikap Zizan

oleh AK-47
17/05/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MODEL dan pelakon, Mira Filzah akui bahawa dia senang berkawan dengan pelakon komedi, Zizan Razak kerana sikap kelakar bintang popular itu.

Namun, jelas Mira, 24, dia enggan membesarkan kisah percintaan bagi menjaga nama baik keluarga yang tidak mempunyai kaitan dalam bidang seni.

“Sejak kecil, ibu bapa mendidik saya untuk menjaga nama baik keluarga. Oleh itu, saya sebaik mungkin tidak mahu mencemarkan nama keluarga dengan sebarang gosip atau kontroversi negatif.

“Nasihat mereka, apabila sudah pasti semuanya, barulah saya bersedia untuk membuka mulut mengulas perihal cinta.

“Namun, buat masa ini, saya selesa berkawan dengan sesiapa saja dan pada masa sama, masih memberi tumpuan kepada kerjaya.

Mira Filzah Akui Selesa, Senang Dengan Sikap Zizan

“Lagipun, saya baharu berusia 24 tahun dan masih jauh perjalanan kerjaya seni. Cuma saya tidak menolak atau meletakkan sebarang sasaran mendirikan rumahtangga.

“Sekiranya jodoh sampai awal, saya terima,” katanya kepada portal BHOnline.

Tambah Mira lagi, dia tak menafikan bahawa dia suka berkawan dengan Zizan kerana personalitinya yang baik dan kelakar. Tetapi mereka hanya teman rapat sahaja, katanya lagi.

Pelakon yang dikenali menerusi drama bersiri Cinta Si Wedding Planner itu berkata, biarpun ibunya kurang gemar dia memilih bakal suami daripada bidang seni, namun semuanya boleh dibincangkan.

“Sejujurnya, memang ibu saya kalau boleh tidak mahu saya berkahwin dengan orang daripada latar belakang seni.

“Namun, jika itu adalah pilihan hati maka rasanya keluarga saya menerima pilihan itu secara baik,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Mira FilzahZizan Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mira Filzah Hamil Cahaya Mata Sulung

21/01/2022
0

PETALING JAYA : Pelakon dan pengacara, Mira Filzah sedang hamil cahaya mata sulung. Khabar gembira tersebut dikongsikan suami tercintanya, Wan...

Mira Filzah Kini Isteri Orang

04/09/2020
0

DENGAN sekali lafaz, pelakon Mira Filzah, 27, sah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohamad Khair-il Anuar, 30, anak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd