• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Speaker DUN Sarawak Tolak Usul Daripada DAP

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar hari ini menolak usul yang dibentangkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Chong Chieng Jen kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang, Datuk Seri Wong Soon Koh untuk menarik balik dakwaan kebankrapan terhadap bekas ADUN Pujut, Dr Ting Tiong Choon.

Chong, yang juga Pengerusi DAP Sarawak, mahu Wong meminta maaf kerana telah mengelirukan Dewan yang mulia itu.

Jumaat lepas, Wong membentangkan usul yang diluluskan oleh DUN Sarawak untuk melucutkan kelayakan Dr Ting sebagai ADUN, mendakwa beliau mempunyai dua kerakyatan dan juga diisytiharkan muflis sebanyak dua kali di Australia pada 23 Jun 2016 dan 11 September 2012.

Mohamad Asfia ketika menolak usul daripada Chong itu berkata perbahasan usul itu adalah tidak relevan kerana Dr Ting tidak berada di dalam Dewan untuk menjawab apa-apa isu yang mungkin timbul.

Beliau berkata Dr Ting hilang kelayakan kerana telah melanggar peraturan kelayakan yang menyatakan bahawa seseorang itu hilang kelayakan untuk dipilih menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri sekiranya beliau, antara lain, telah memperoleh secara sukarela kewarganegaraan atau menjalankan hak kerakyatan di mana-mana negara di luar Malaysia. – BERNAMA

Tags: DAPDUN Sarawk
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

03/10/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong memberi jaminan dasar kawasan bebas kenderaan atau Car Free Zone (CFZ) di...

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd